ADELAIDE - Sekumpulan pelancong di Australia menyaksikan peristiwa ganjil buaya gergasi berusia 80 tahun membaham seekor jerung , lapor akhbar MailOnline semalam.
Peristiwa yang jarang dilihat itu dirakamkan oleh seorang lelaki dari Sydney, Andrew Paice ketika dia dan keluarganya menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Adelaide dalam Taman Negara Kakadu dekat sini kelmarin.
Semasa dalam perjalanan pulang ke jeti, mereka terserempak dengan seekor buaya gergasi sepanjang 5.5 meter membaham seekor ikan jerung.
Buaya nama Brutus itu popular dalam kalangan pelancong di utara Australia.
"Peristiwa itu menakjubkan kerana kami selama ini tidak pernah menyangka ikan jerung akan menjadi makanan buaya.
"Kami dan pelancong lain dibawa menyusuri sungai itu untuk melihat buaya dan tidak terfikir terdapat ikan jerung di dalam sungai tersebut," kata Paice.
"Ikan jerung itu masih hidup, haiwan tersebut meronta-ronta ketika berada pada rahang Brutus," tambahnya.
Menurut Paice, ikan jerung itu memiliki panjang antara satu hingga 1.5 meter.
Saya melihat kejadian ini bersama kira-kira 25 pelancong lain," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: