PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot memberitahu gara-gara penderitaannya yang menhidap kanser usus tahap dua didedahkan oleh media, dia kini mendapat banyak tawaran berlakon daripada syarikat produksi tempatan yang bersimpati dengan nasibnya itu.
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, jadual lakonannya kembali padat sejak Ramadan lalu biarpun sebelum ini hampir dua tahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.
"Sebelum ini sudah dua tahun saya tidak mendapat tawaran dan tertanya-tanya juga mengapa situasi itu berlaku tetapi ia berubah selepas berita mengenai penyakit saya disiarkan media.
"Alhamdulillah, jadual saya padat dengan beberapa projek sejak Ramadan lalu dan ini adalah rezeki untuk anak-anak," katanya kepada mStar Online.
"Saya tidak mahu menjadikan kanser sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan saya akan tidak akan mempersia-siakan kepercayaan produksi yang mengambil saya berlakon biarpun mereka tahu keadaan saya," katanya.
Dalam pada itu, Enot berkata, biarpun sudah berhenti daripada membuat rawatan susulan kimoterapi dan radioterapi bagi melawan kansernya namun keadaannya kini semakin baik selepas beralih kepada kaedah rawatan alternatif.
Jelas Enot, biarpun mendapat tentangan pihak doktor namun dia yakin jika dia meneruskan amalan perubatan alternatif dan mengambil suplemen secara teratur penyakitnya akan pulih.
"Saya sudah mencuba rawatan di hospital dan kini saya mahu cuba rawatan alternatif pula. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: