Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abd Aziz, 31, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu bagi melaksanakan hasrat berkenaan.
"Alhamdulillah selepas urusan pernikahan saya dengan suami selesai di mahkamah, diharap selepas ini tidak lagi dijadikan isu seperti mana sebelum ini.
"Insya-Allah kami bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi memperkenalkan suami kepada keluarga dan kenalan rapat pada tahun hadapan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan di sini pada Rabu.
Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu memutuskan pernikahan Jue dengan lelaki warganegara Indonesia itu sah dan mengikut hukum syarak.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga di kampung halaman Bayu, 28, di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu.
Dalam pada itu, Jue berkata, dia seboleh-bolehnya mahu mempercepatkan tarikh bagi mengadakan majlis berkenaan namun kesibukan mereka terhadap kerjaya seni masing-masing membuatkan perancangan itu terpaksa ditunda pada tahun hadapan.
Jue dan Bayu berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka.
Jelas Jue, dia juga mahu mengadakan acara itu bagi memenuhi impian ibu dan bapanya yang ingin melihat dia bersanding di kampung halaman ibunya di Nilai, Negeri Sembilan.
"Ikutkan pada saya apa yang penting kita dahulukan mana yang wajib tetapi atas permintaan ibu dan bapa, saya setuju untuk mengadakan majlis resepsi berkenaan," jelasnya.
Sementara itu, Jue berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan umum cuma tidak dihebahkan kerana tidak mahu publisiti meluas tentang perkara itu.
Jelas Jue lagi, selepas mendirikan rumah tangga dia tidak pernah menafikan statusnya jika ada pihak yang bertanya malah perkahwinan itu turut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
"Keluarga restu dan mengetahui tentang pernikahan kami dan tidak pernah kami sorokkan kepada sesiapa yang mengenali cuma ia tidak dihebahkan secara meluas dalam media kerana saya tidak berapa selesa dengan publisiti.
"Bagaimanapun Alhamdulillah berkat Syawal dan doa daripada ibu bapa, semuanya selesai," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Jue berkata, dia dan Bayu bahagia melalui alam perkahwinan mereka dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka.
Bayu ketika diminta mengulas mengenai perkahwinannya dengan Jue secara ringkas memberitahu: "Kami bahagia dan saya sangat cintakannya," katanya yang juga seorang pemuzik.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: