Monday, August 11, 2014

Cinta baharu Hafiz Suip


  • Hafiz SuipHafiz Suip
TIDAK hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Mohd Hafiz Mohd Suip kini terus mengorak langkah ke hadapan.
Meskipun sibuk dengan aktiviti seninya, Mohd Hafiz atau nama pentasnya, Hafiz Suip kini turut sibuk menguruskan perniagaan restoran miliknya yang baru saja beroperasi di The Atmosphere, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, hasrat saya untuk membuka restoran akhirnya terlaksana. Semuanya berjalan dengan lancar, malah sepanjang Ramadan lalu, pelbagai juadah bufet turut disediakan.

"Biarpun sibuk, saya tetap akan cuba meluangkan masa untuk datang ke restoran setiap hari.

"Saya akui menguruskan perniagaan yang membabitkan makanan memang memenatkan tetapi ia perlu seiring dengan minat dan jiwa serta keyakinan yang ada, barulah ia akan konsisten," katanya kepada Zass.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini memberitahu, restorannya itu berkonsepkan kafe dan  boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.

"Restoran ini bertemakan Western Food berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang cukup berpatutan.

“Kalau boleh, saya memang mahu menyediakan juadah enak dari Sarawak, namun melihat masakan Sarawak banyak dijual di Semenanjung, saya terpaksa berfikir dua kali.

"Kepada peminat yang ingin mencuba juadah di restoran saya, bolehlah singgah di antara jam 6 petang hingga 2 pagi," kata pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini.

Hanez Suraya: Saya Serik


  • Hanez SurayaHanez Suraya
JIKA diselak lembaran diari seninya, banyak pahit manis diharungi sepanjang lebih 10 tahun berkecimpung sebagai anak wayang.Puas dia bertatih, jatuh dan bangun, tatkala nama berada di puncak, Hanez terpaksa menelan pahit erti populariti.

Kisah peribadinya sengaja digali oleh mereka yang dahagakan kontroversi dan dek kerana kesilapan lalu, gambar dia berparti sosial dijadikan bahan kontroversi untuk beberapa tahun. Baru sahaja membersihkan namanya dari kisah lalu yang sudah lama tertanam jauh dari hatinya, nama pelakon yang cukup dikenali dengan watak antagonis ini kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara kenyataannya yang bakal menamatkan zaman bujang sedikit masa lagi dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan yang digelar ‘R’. Namun keterbukaan Hanez mengenai perancangannya itu akhirnya memakan diri wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Sejak itu, nama Hanez menjadi perhatian ramai selepas beberapa keping gambar Hanez bercuti beramai-ramai termasuk bersama kekasihnya tersebar di alam maya. Lebih memburukkan keadaan apabila identiti kekasihnya yang ketika itu masih berstatus suami orang dan dalam proses penceraian menyebabkan Hanez dicemuh masyarakat.

Puas dia cuba menerangkan keadaan sebenar, namun setiap kali keluar kisah penceraian membabitkan kekasih dan isterinya, namanya diseret sama biarpun namanya tidak dikaitkan di mahkamah.

Dek kerana sedikit kesilapan yang dilakukan, Hanez terpaksa menelan kepahitan maki cacian orang yang membencinya. Lebih buruk apabila karier seninya turut terheret sama. Habis punca dengan segala terjadi dan tidak mahu terus menjadi kambing hitam dalam setiap masalah yang terjadi, Hanez tekad membawa diri.

Kini, dia enggan lagi mengingati apa yang berlaku. Bagi Hanez, apa yang berlalu, dijadikan sebagai iktibar dan pedoman buatnya. "Saya serik, teramat-amat serik dengan apa yang berlaku. Saya akan ambil iktibar, selepas ini saya tidak mahu lagi berkongsi cerita peribadi saya.

"Biarlah apa yang orang akan kata saya selepas ini, 'kekwat' atau sebagainya. Saya sedia telan asalkan tidak melalui lagi pengalaman sama," ujarnya kepada Zass.


Injak angka 30

Bukan mahu menolak ke tepi segala kontroversi yang telah berlaku, namun Hanez mengambil keputusan enggan berbicara lanjut mengenai hal peribadi demi kebaikannya. Bakal menginjak ke usia 30 tahun, 22 Ogos ini, Hanez berkata, besar harapannya untuk melalui kehidupan yang lebih baik selepas ini.

"Apa yang saya boleh katakan, 2014 meninggalkan pengalaman yang cukup perit buat saya, biarpun kita baru memasuki penggal yang kedua. Tapi dengan umur saya yang bakal menginjak ke angka 30 selepas ini, saya mahu tutup buku lama dan buka buku baharu.

"Saya mahu buka lembaran baharu, mula kehidupan baharu dan lebih baik. Kalau boleh tidak mahu lagi ada kontroversi, saya juga akan lebih berjaga-jaga dalam berkongsi perihal peribadi saya," katanya.

Ujar Hanez, masyarakat kini sudah boleh menerimanya, bahkan di lama sosial juga, peminat sudah mula menunjukkan sinar baharu buatnya.

"Tidak ada lagi kata-kata negatif yang perlu saya telan, apatah lagi kini saya cukup berhati-hati berkongsi gambar peribadi dengan pengikut di laman Instagram. Kalau ada pun hanya perkara yang general sahaja," ujarnya.

Hanez berkata, sebagai selebriti, dugaan dan cemuhan seperti ini sudah dijangkanya dan dia hanya perlu bersikap positif dalam apa jua keadaan.

"Sebagai selebriti, kita memang tidak boleh lari daripada perkara yang negatif, termasuk menjadi sasaran cemuhan orang. Tapi bukan semua perkara negatif, jadi sebab itulah saya mahu berfikiran positif.

"Saya tak mahu jika fikir yang negatif sahaja, kelak akan memberi kesan buat diri saya," katanya.

Masih merajuk?

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, kongsi Hanez, dia kini masih bercuti panjang dan menolak beberapa tawaran lakonan sejak beberapa bulan lalu.

Ujarnya bukan mahu merajuk atau menyendiri, tetapi dia kini dalam proses untuk memulihkan diri sendiri dan berharap berada dalam keadaan yang cukup bersedia sebaik kembali memasuki set penggambaran.

"Saya mahu lagi membawa diri (ketawa). Minat saya dalam bidang lakonan masih belum padam. Tetapi buat masa ini saya mahu bercuti terlebih dahulu.

"Bila keadaan betul-betul dah okey, barulah saya akan kembali berlakon. Buat masa ini saya hanya habiskan masa untuk diri sendiri dan menguruskan beberapa perkara," katanya.

Di tebak mengenai khabar yang mengatakan dia kini sudah menceburi bidang perniagaan, Hanez berkata : "Saya tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara tersebut.

"Apatah lagi ia masih di peringkat perbincangan. Saya tidak mahu bercakap tentang perkara yang belum pasti. Tunggulah, Insya-ALLAH sedikit masa lagi, saya pasti akan berkongsi tentang perkara ini," ujarnya.

Wan Sharmila Nafi Nikah September Ini



Wan Sharmila nafi bakal berkahwin pada September ini seperti mana dilaporkan sebuah akhbar pada Ahad.
PETALING JAYA: Pelakon Wan Sharmila terkejut apabila dilaporkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada September ini.

Wan Sharmila, 33, berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan menegaskan tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.

"Jujur saya terkejut kerana hanya tahu mengenai perkara ini apabila awak bertanya soalan itu kepada saya dan belum sempat membeli akhbar sebab sekarang ini saya berada di lokasi penggambaran.

"Apa-apa pun cerita itu tidak benar dan saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi laporan akhbar mingguan pada Ahad, Wan Sharmila dikhabarkan sudah pun membuat persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan dan bakal suami pelakon drama bersiri Tari Tirana itu juga dikatakan bukan orang seni sebaliknya bertugas sebagai juruterbang.

Wan Sharmila enggan bercakap mengenai soal peribadi.
Dalam pada itu, ditanya adakah benar dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan, Wan Sharmila mengambil sikap untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi.

Jelas Wan Sharmila, dia bimbang kenyataannya akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan masalah lain timbul di kemudian hari.

"Maafkan saya kerana tidak boleh menjawab soalan itu kerana saya tidak mahu bercakap soal peribadi," katanya ringkas.

Wan Sharmila sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 sebelum bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2009 di Mahakamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila berkata, dia kini sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama termasuk Menantu Mak Uteh untuk siaran TV9.

Adam, Fiza rujuk kembali


  • Adam AF
RAMADAN lalu memberi rahmat kepada pasangan selebriti, Fiza Elite dan Adam AF yang kembali bersama 17 Julai lalu selepas bercerai pada 28 April lalu.
Memetik laporan media, pasangan ini dikhabarkan telah mendaftarkan rujuk semula perkahwinan mereka di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Shah Alam, Selasa lalu jam 11 pagi.
Sebelum ini, Adam dan Fiza sah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga.
Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September tahun lalu.

Erma Fatima Selar Laporan Bakal Failkan Cerai



Erma nafi bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Bade Azmi.
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima menyelar laporan kononnya dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Bade.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, berkata, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.

"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.

Bade berkahwin dengan isteri keduanya pada Mac lalu.
Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita berkenaan kini hamil.

Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.

Jelas Erma, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.

Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.

Penerbit Album The Black Eyed Peas Jalin Kerjasama Dengan Jaclyn Victor



Jaclyn bakal bekerjasama dengan Rick One yang iaitu seorang penerbit album yang banyak menerbitkan album penyanyi terkenal termasuk The Black Eyed Peas.
PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor bakal bekerjasama dengan penerbit album yang pernah bekerjasama dengan kumpulan terkenal Amerika Syarikat, The Black Eyed Peas iaitu Rick Dixon.

Jaclyn menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat rakamannya KRU Music berkata, tawaran itu dibuat oleh Rick atau lebih dikenali dengan nama Rick One selepas dia mengadakan persembahan di Whisky A Go Go di West Hollywood, Los Angeles, California pada 6 Julai lalu.

"Persembahan tersebut adalah salah satu siri pengenalan bagi memberi peluang penggiat muzik di negara itu mengenali bakat saya dan tidak sangka mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Rick.

"Saya cukup teruja kerana aktiviti promosi yang diadakan di Los Angeles mula menampakkan hasil dan berharap pelawaan itu nanti akan menjadi kenyataan," katanya.

Jaclyn yang berada di Los Angeles dari 5 hingga 13 Julai lalu dalam rangka mempromosikan single terbaharunya berjudul Remedy yang telah diedarkan menerusi lebih 80 platform digital bermula 10 Julai lalu.

Jaclyn menyampaikan lima buah lagu ketika mengadakan persembahan di Whisky A Go Go di West Hollywood, Los Angeles, California pada 6 Julai lalu.
Dalam pada itu, Jaclyn berkata, selain mengadakan persembahan dia juga sempat bertemu dengan wakil media di sana selain melakukan sesi temuramah dengan beberapa stesen radio di Los Angeles bagi mempromosikan Remedy.

Malah penyanyi itu memberitahu sempat membuat kemunculan dalam program televisyen berjudul Kababayan Today yang disiarkan di saluran LA18 selain rakaman beberapa rancangan lain.

"Selama berada di sana saya berjaya mendapat keyakinan dan pendedahan dengan industri muzik antarabangsa terutamanya dalam memasarkan album di peringkat global.

Jaclyn ketika membuat kemunculan dalam program Kababayan Today.
"Peluang ketika berada di Los Angeles saya gunakan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa tetapi dengan usaha yang dilakukan oleh KRU Music mula menampakkan hasil," jelasnya.

Penyanyi bersuara lantang itu bakal tampil dengan album bahasa Inggeris berjudulUnleashed pada September depan dan diterbitkan sepenuhnya oleh, Edry Abdul Halim.

Album tersebut turut menampilkan empat lagi single yang bakal menjadi hit sepertiPinnacle, Sweeter Than A Dream, Over And Over dan Delirious.

Liyana Zahim: Penangan Rindu Awak 200%


  • Liyana Zahim bersama pelakon utama Rindu Awak 200%, Zul Arifin.Liyana Zahim bersama pelakon utama Rindu Awak 200%, Zul Arifin.
NAMA gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini menjadi bualan sejak novelnya diadaptasi menjadi drama bersiri oleh Creative Skill Solution. Menariknya, novel dan drama yang mengambil judul sama, Rindu Awak 200% itu mencipta fenomena apabila diterajui pelakon kacak Zul Arifin.

Mengakui gembira karyanya dipilih untuk diangkat ke drama, pemilik nama Nurul Liyana Abd Rahim ini memberitahu, dia sangat bersyukur kerana impian melihat novelnya diadaptasi menjadi kenyataan.

“Penglibatan saya dalam bidang penulisan masih setahun jagung jika dibandingkan dengan novelis sedia ada. Sebab itu, saya tidak menyangka karya saya menjadi pilihan syarikat penerbitan
sedangkan masih banyak karya yang hebat di luar sana,” katanya lebih popular dengan nama pena Liyana Zahim.

Jelas Liyana, perkara itu sekaligus meningkatkan semangatnya untukmenghasilkan lebih banyak karya berkualiti. “Mungkin suatu hari nanti karya saya akan terpilih untuk diadaptasikan lagi, jadi saya perlu memastikan karya seterusnya mampu menarik perhatian pihak terbabit,” akui gadis berusia 26 tahun ini.

Bicaranya lagi, walaupun novel Rindu Awak 200% telah diadaptasi tetapi ia bukan alasan dia boleh berpuas hati dengan karya yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Pemilihan novel ini saya anggap sebagai rezeki, tuah dan kebetulan. Jadi, tiada sebab untuk saya selesa dengan semua karya saya,” katanya telah menghasilkan empat novel termasuklah Rindu Tercipta, Sekebun Bunga Cinta dan Curi-Curi Suka.

Bermula di alam persekolahan Pasti ramai yang ingin mengenali novelis muda ini dengan lebih dekat. Mengimbas sejenak pembabitannya dalam bidang penulisan novel, ia bermula sejak Liyana di alam persekolahan lagi.

Jelasnya, waktu terluang di zaman persekolahan digunakan sebaik mungkin dengan menghasilkan cerpen, puisi dan pantun. “Karya yang dihasilkan saya hantar kepada syarikat penerbitan akhbar untuk diterbitkan.

“Kemudian barulah terlintas di fikiran saya untuk mencuba menulis novel pula. Dengan sokongan ibu, saya berjaya menghasilkan manuskrip pertama dan telah dihantar kepada Alaf 21, Grup Buku Karangkraf.
“Alhamdulillah, karya saya diterima dan bermulalah karier saya sebagai novelis,” katanya mahu menjadi sehebat Sharifah Abu Salem dan Ramlee Awang Murshid.

Walaupun bidang penulisan dibanjiri penulis dan novelis hebat, bagi Liyana ia persaingan sihat yang perlu dihadapi penulis.

“Masing-masing punya cara tersendiri untuk menggarap karya mereka. Lagipun kami mempunyai idea dan identiti sendiri untuk menghasilkan karya,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Minor dalam Sejarah dan Tamadun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.

Penulisan santai, komedi Cenderung memilih gaya penulisan santai dan komedi antara faktor novelnya menjadi pilihan pembaca masa kini. Ujar Liyana, selain itu amat penting menyeimbangkan naratif dan dialog dengan bahasa yang mudah difahami.

“Bagi saya, era kini semakin ramai pembaca remaja dan golongan berkerjaya memilih novel untuk melepaskan tekanan dan memenuhkan masa lapang mereka.

"Jadi perlu bagi saya menghasilkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka ketawa, senyum dan tenang ketika membacanya,” katanya.

Jelasnya, dia turut menyelitkan kisah realiti yang berlaku di sekeliling untuk mencantikkan plot. “Menulis memerlukan kajian mendalam untuk menghidupkan watak yang dicipta. Contohnya watak juruterbang, saya perlu membuat kajian mengenai juruterbang terlebih dahulu supaya mendapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Liyana juga berpendapat, setiap penulis perlu memperbaiki mutu penulisan, penceritaan dan pengajaran supaya karya seterusnya lebih mantap.

Aril Pilus Beri Tempoh Hingga Hujung Tahun Kepada Isteri Jadi Pramugari



Aril akui bimbang dengan insiden pesawat yang seringkali berlaku.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penyampai radio Era FM, Aril Pilus memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada isterinya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, untuk meneruskan kerjayanya sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia membuat keputusan tersebut bagi merancang masa depan sebuah keluarga yang sempurna.

"Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini sahaja, saya mahu dia duduk Malaysia dan bekerja di sini sahaja, kalau boleh saya mahu dapat cahaya mata tahun depan.

"Selama kami berkahwin memang agak sukar untuk berjumpa kerana dia menetap di Jeddah dan terpaksa mengambil cuti panjang jika ingin balik ke Malaysia," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era FM, di Restoran Bora Ombak, di sini, Sabtu.
Aril bersama isterinya Putri Erma Erlinda.


Bagaimanapun, Aril berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan.

Katanya, dia menghormati minat dan kerjaya isterinya dalam bidang tersebut yang sudah hampir enam tahun dalam industri penerbangan.

"Saya tahu dia sangat berminat dengan kerjaya dia sekarang, dia sering bercerita tentang kapal terbang dan apa juga pengetahuannya tentang penerbangan.

"Saya tidak menghalang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut terutama dibahagian tenaga pengajar," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS), Aril berkata perkara tersebut seringkali menjadi kebimbangan ketika isteri bertugas.
Jelasnya, ia merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dia untuk membuat keputusan tersebut.

"Siapa yang tidak bimbang tentang insiden seperti itu, di negara Timur Tengah lebih banyak pergolakkan seperti itu,

"Kejadian yang menimpa MH370 dan MH17 membuatkan saya lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari, tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari," katanya.

Sementara itu, Aril berkata, dia tidak membenarkan isterinya menceburi bidang seni selepas berhenti daripada kerjaya pramugari itu nanti.

Katanya, jadual sebagai selebriti yang tidak menentu akan menyukarkan untuk membina sebuah keluarga yang sempurna.

"Dia pernah berlakon dahulu dan kawan-kawan baik dia juga ramai artis, namun saya rasa biar saya seorang sahaja jadi selebriti," ujarnya.

Takaful tawar peluang kerja lumayan


  • (Dari kiri) Zarini, Syafimazly dan Samian ketika ditemui di pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar, baru-baru ini.(Dari kiri) Zarini, Syafimazly dan Samian ketika ditemui di pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar, baru-baru ini.
TAKAFUL Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah mampu memberi peluang pekerjaan yang cerah kepada kakitangannya.

Hal ini diperakui tiga penerima anugerah pada Majlis Malam Anugerah Ejen Takaful IKHLAS yang ke-10 iaitu Samian Senin, Syafimazly Shafiee dan Zarini Shah Budin.

Samian yang memenangi Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga) berkata beliau merupakan antara ejen terawal bagi Takaful Ikhlas.

“Saya bermula pada Ogos 2003 dan sekarang sudah lebih sepuluh tahun saya bersama Takaful Ikhlas. Bermacam-macam cabaran serta kejayaan saya peroleh.

“Memilih kerjaya dalam industri takaful ini ibarat seperti kita naik basikal dan mengayuh dan terus kayuh untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika ditemui di pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar baru-baru ini.

Sementara itu bagi penerima  Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi AM (Anugerah Takaful Keluarga) Syafimazly Shafiee berkata beliau mula menyertai Takaful Ikhlas pada Julai 2010.

“Saya bekerja sebagai guru dan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru saya sertai Takaful Ikhlas dan melakukannya secara sepenuh masa untuk mengubah hidup saya ketika itu.

“Diakui permulaan bidang insurans memang amat sukar dan kita memerlukan kekuatan untuk terus bertahan dan berjaya. Apa yang penting kita perlu keras hati dan berani serta bersemangat,” katanya.

Bagi Zarini yang bekerja sebagai juru mekap sebelum ini tidak menghalangnya untuk menerima Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Ejen Baru (Anugerah Takaful Keluarga) setelah menyertai Takaful Ikhlas.

“Saya masih lagi baru dan tidak sampai setahun, tetapi Alhamdulillah ternyata saya mampu membuktikan dengan Takaful Ikhlas saya boleh maju dan akan mencuba untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Majlis Malam Anugerah berkenaan diadakan khusus untuk meraikan ejen yang telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan dan melakar pengiktirafan di atas kecemerlangan yang disumbangkan oleh ejen Takaful Ikhlas pada tahun kewangan 2013/2014 lalu.

Malam Anugerah itu juga menyaksikan ejen-ejen Takaful Ikhlas menerima anugerah cemerlang daripada pelbagai kategori perniagaan bagi Anugerah Ejen iaitu Takaful Keluarga, Takaful AM (general) dan Takaful Berkumpulan.

14 Pelawak Berentap Dalam 'Warna Super Spontan' Musim Ketiga



Johan menyertai 'Warna Super Spontan' untuk musim ketiga berturut-turut.
PETALING JAYA: Seramai 14 orang pelawak popular tanah air bakal bersaing dalam program realiti popular Warna Super Spontan untuk musim ketiga yang bermula pada 22 Ogos depan, pukul 10 malam di Astro Warna.
Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, pemilihan pelawak-pelawak yang bakal bersaing ini adalah melalui reputasi cemerlang mereka daripada program-program lawak yang dianjurkan sebelum ini.
"Program ini sudah masuk musim ketiga dan sudah tentu kita akan adakan pembaharuan daripada segi permainan-permainan setiap minggu.

"Pemilihan peserta memang kami mencari pelawak-pelawak yang boleh beraksi secara spontan dan bersaing sesama sendiri bagi merebut gelaran juara," katanya pada sidang media Program Warna Super Spontan, di sini, pada Jumaat.
Didie Alias turut akan bersaing dalam Warna Super Spontan musim ketiga.

Dalam pada itu, katanya, program ini masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Tambahnya, dua kumpulan tersebut ialah Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.

Manakala kumpulan Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi menghangatkan suasana.

Sementara itu, berdasarkan persembahan mingguan, nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka.Juara Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Rugi RM10,000 dakwa ditipu peraduan SMS


  • Ramli yang enggan dikenali menunjukkan bil telefon dan iklan peraduan yang disertainya.Ramli yang enggan dikenali menunjukkan bil telefon dan iklan peraduan yang disertainya.
JITRA - Gara-gara ketagih menyertai peraduan atas talian melalui sistem pesanan ringkas (SMS), seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM10,000 sejak Februari lalu.

Mahu dikenali sebagai Ramli, 63, berkata, ketagihan bermula selepas dia memenangi satu peraduan sedemikian pada tahun lalu anjuran satu syarikat telekomunikasi terkemuka dalam negara.

Menurutnya, tertarik dengan iklan dan hadiah yang didakwa anjuran satu syarikat telekomunikasi, dia terus leka menjawab soalan berbentuk kuiz yang diterima.

“Pada mulanya saya anggap ini bukan satu penipuan dan mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Peraduan itu dibuka pada Februari dan akan berakhir pada April, tetapi sehingga hari ini saya masih menerima SMS dari peraduan tersebut.

“Ini menyebabkan saya menanggung beban bil telefon yang tinggi setiap bulan hingga mencecah hampir RM2,000. Saya mula sedar ini satu bentuk penipuan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan,” katanya.

Ramli berkata, dia juga menghubungi syarikat telekomunikasi yang dilanggannya untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung peraduan tersebut tetapi mendapat respons kurang memuaskan.

“Operator syarikat itu memberitahu peraduan itu tamat pada 27 Jun lalu, tetapi hingga hari ini saya masih menerima SMS peraduan. Setiap SMS yang diterima akan dicaj RM1, sehari paling kurang 50 atau lebih SMS.

“Saya juga membuat aduan Suruhanjaya Komunikasi dan  Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan ke atas syarikat yang menganjurkan peraduan berunsur penipuan ini. Saya tidak kisah mengenai bayaran bil sekiranya peraduan seperti ini tidak menipu pelanggan mereka,” katanya.

Tambah Ramli, tujuannya mendedahkan perkara ini adalah supaya orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk peraduan atas talian seumpama itu.

Menurutnya, dia tidak akan berhenti menyertai peraduan yang menawarkan hadiah tunai sehingga RM300,000 itu selagi penipuan tersebut tidak dibongkar oleh pihak berkuasa.

“Saya akan gunakan semua SMS diterima sebagai bukti penipuan termasuk terma dan syarat dikenakan jelas menipu pelanggan,” katanya.

Risteena Tidak Mahu Hanya Lakonkan Watak Wanita Lembut



Risteena teruja jadi gadis lasak dalam drama 'Plan B'.
PETALING JAYA: Pendatang baharu Risteena Munim mengakui tidak mahu terus menerima watak-watak yang memerlukan menjadi sebagai wanita lemah lembut dan seperti yang dilakonkan dalam drama Menjinak Ombak dan Karlos.

Risteena, 25, berkata, dia mahu penonton melihat dirinya dengan pelbagai karakter yang lebih mencabar yang mampu menguji lakonannya.

"Impian saya untuk bawa watak yang berbeza daripada yang saya sering bawakan iaitu watak gadis lemah-lembut.

"Saya mahu watak yang lebih mencabar dan menguji kebolehan saya sebagai pelakon baru seperti watak lasak dan antagonis," katanya kepada mStar Online.

Pelakon yang dikenali melalui drama Playboy Itu Suami Aku ini berkata, dia juga bakal menjayakan watak sebagai seorang pelacur melalui sebuah drama terbitan TV3 tidak lama lagi.
Risteena mahu diuji dengan pelbagai watak.
Drama tersebut juga bakal menggandingkannya dengan pelakon wanita popular iaitu Tasha Shilla dan bakal mengadakan penggambaran di luar negara.

"Alhamdulillah lepas dapat watak wanita lasak dalam drama Plan B, saya dapat tawaran sebagai pelacur untuk sebuah drama terbitan TV3 tidak lama lagi.

"Walaupun saya impikan membawa watak seperti itu, namun bagi saya ada batasannya untuk melakonkan watak hitam itu dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Risteena yang bakal muncul dalam drama Plan B berkata, drama tersbeut mengujinya untuk menjadi seorang gadis pelumba yang bernama Iris.

Katanya, watak tersebut memerlukan dia membuat kajian dan menjadikan pelakon Hollywood Angelina Jolie sebagai sumber rujukannya.

"Dalam drama ini saya akan jadi seorang wanita yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.

"Sebelum penggambaran saya buat kajian dan menonton filem lakonan Angelina Jolie untuk dijadikan inspirasi," ujarnya.

Plan B bakal bersiaran menerusi saluran TV3 bermula 19 Ogos 2014 pada pukul 10 malam.

Drama bersiri arahan Feroz Kadir ini menyaksikan gandingan Risteena Munim bersama Shukri Yahaya, Talha Harith, Zoey Rahman, dan Beto Kusyairy.

Penjaja ditipu dengan wang palsu


  • Wang RM20 palsu (kiri) dan wang betul (kanan).Wang RM20 palsu (kiri) dan wang betul (kanan).
GEORGETOWN - Sama  tetapi tidak serupa. Itulah yang dapat dilihat dengan mata kasar wang kertas palsu RM20 yang diterima seorang peniaga di Jalan Air Itam di sini.

Sekali imbas, wang kertas palsu seakan-akan serupa dan sukar untuk dikenalpasti.

Seorang penjaja barangan runcit yang hanya mahu dikenali Maniam berkata, pekerjanya  menerima beberapa keping wang kertas RM20 daripada pelanggan.

Beliau hanya menyedari wang itu palsu sebaik pulang ke kedai selepas selesai urusan di luar.

“Saya hanya menyedari wang palsu itu ketika mengira wang untuk membuat pembayaran kepada pembekal barang. Nasib baik saya sedar dan mengasingkannya,” katanya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama menerima wang palsu malah pernah ditipu pelanggan yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Beliau berkata  beberapa peniaga lain di situ juga mendakwa wang palsu RM20 banyak berlegar di kawasan Air Itam berbanding kawasan lain di negeri.

Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu menyiasat masalah itu untuk mengelakkan lebih banyak kejadian sama berlaku.

Mengikut semakan, individu yang memiliki dan menggunakan wang kertas palsu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 489 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.  Manakala bagi kesalahan memiliki wang palsu, boleh didakwa mengikut Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun.

Enot Dihujani Tawaran Berlakon Selepas Dedah Hidap Kanser



enot
Enot kini sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan biarpun menderita kanser usus tahap dua.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot memberitahu gara-gara penderitaannya yang menhidap kanser usus tahap dua didedahkan oleh media, dia kini mendapat banyak tawaran berlakon daripada syarikat produksi tempatan yang bersimpati dengan nasibnya itu.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, jadual lakonannya kembali padat sejak Ramadan lalu biarpun sebelum ini hampir dua tahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

"Sebelum ini sudah dua tahun saya tidak mendapat tawaran dan tertanya-tanya juga mengapa situasi itu berlaku tetapi ia berubah selepas berita mengenai penyakit saya disiarkan media.

"Alhamdulillah, jadual saya padat dengan beberapa projek sejak Ramadan lalu dan ini adalah rezeki untuk anak-anak," katanya kepada mStar Online.

Tambah Enot, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak berhubung keadaan kesihatannya dan selagi terdaya dia akan terus berlakon demi menyara keluarganya.

"Saya tidak mahu menjadikan kanser sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan saya akan tidak akan mempersia-siakan kepercayaan produksi yang mengambil saya berlakon biarpun mereka tahu keadaan saya," katanya.

Dalam pada itu, Enot berkata, biarpun sudah berhenti daripada membuat rawatan susulan kimoterapi dan radioterapi bagi melawan kansernya namun keadaannya kini semakin baik selepas beralih kepada kaedah rawatan alternatif.

Jelas Enot, biarpun mendapat tentangan pihak doktor namun dia yakin jika dia meneruskan amalan perubatan alternatif dan mengambil suplemen secara teratur penyakitnya akan pulih.

"Saya sudah mencuba rawatan di hospital dan kini saya mahu cuba rawatan alternatif pula. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif," katanya.

Rumah terbuka Forteen meriah



SELEPAS mengadakan majlis Aidilfitri bersama 20 peminat mereka baru-baru ini, Forteen merancang sebuah lagi majlis Aidilfitri untuk sebahagian peminat lain pula sebelum Syawal melabuhkan tirai.


SEPERTI tiga tahun terdahulu, setiap kali Syawal kumpulan vokal pop popular Forteen tidak melepaskan meluang untuk memeriahkan lebaran dengan cara mengadakan rumah terbuka.
Tahun ini, rumah terbuka Forteen diadakan di lokasi serupa tahun-tahun sebelum ini, cuma kehadiran peminat mereka dihadkan kepada 20 orang sahaja.
“Bezanya tahun ini, tetamu yang hadir hanya atas jemputan sahaja dan lebih kecil jumlahnya. Maka, kami pun sempat meluangkan lebih masa dengan peminat yang selama ini setia dengan kami,” ujar wakil Forteen, Izzue Islam yang ditemui usai majlis rumah terbuka Forteen di Kondominium Puri Aiyu, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Izzue ditemani tiga anggota kumpulan Forteen lain, One, Ameerais dan Ariz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan majlis rumah terbuka mereka akan diadakan sekali lagi tahun ini di tempat yang lebih kondusif.
“Jika tiada aral melintang kami merancang untuk mengadakan sekali lagi rumah terbuka Forteen bagi memberikan peluang kepada peminat, teman artis, saudara-mara dan petugas media hadir beramai-ramai demi meraikan Syawal yang cuma setahun sekali.
“Kami tidak mahu perkara sama berulang pada tahun lalu apabila ada antara tetamu Forteen yang hadir ke majlis rumah terbuka kami tidak mendapat layanan sewajarnya sampaikan tidak sempat bertemu dengan kami berempat,” tambahnya yang turut ditemani isteri tercinta, Awin Nurin.
Berlangsung dari pukul 2 petang hingga 10 malam, rumah terbuka Forteen kali ini masih mendapatkan khidmat daripada ibu saudara One, Mak Jiah terutama daripada segi penyediaan 43 jenis juadah berbeza untuk tetamu yang hadir.

SELAMAT HARI RAYA. Forteen bersama 20 peminat bertuah mereka meluangkan masa bersantai dan beramah mesra dalam majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini.


Sementara itu, bercerita lebih lanjut mengenai perancangan kumpulan Forteen selepas sambutan Syawal tahun ini, mereka bakal merakamkan sebuah single berbahasa Inggeris hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.
Malah, One dan Izzue memberitahu, mereka turut terbabit menyumbangkan suara untuk dua karakter animasi filem terbaharu KRU Studios berjudul Ribbit yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
“Ini merupakan pengalaman pertama kali menyumbangkan suara untuk sebuah filem animasi dan cabarannya memang sukar kerana sifat, perasaan dan ekspresi karakter tidak sama seperti manusia.
“One melakonkan watak seorang ahli sihir lelaki manakala Izzue diberikan peranan sebagai seekor labah-labah,” kongsi One.
Selain itu, Forteen diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem Ribbit berjudul Dikau Saja yang bakal diangkat sebagai single terbaharu kumpulan itu.
“Lagu Dikau Saja pernah dipersembahkan pada Konsert Kita 20Forteen sekitar April lalu dan klip video lagu ini bakal dilancarkan tidak lama lagi,” kata Ameerais.
Mengulas mengenai pembabitan Ameerais bersama kumpulan rap Dualiti untuk merakamkan sebuah single terbaharu berjudul Hitam, penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menegaskan tidak timbul isu percanggahan jadual mahu pun kekeliruan peminat terhadap projek terbaharu itu.
“Kita tetap Forteen dan diharapkan peminat tidak akan keliru dengan perkembangan terbaharu ini. Saya cuma ditampilkan dalam single itu untuk menyanyikan bahagian korus saja.
“Ini cabang baharu kumpulan Forteen dan masing-masing diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dalam apa jua bidang yang diminati,” tegasnya.


Maya rakam semula lagu Matahari

MAYA mahu terus bertahan lama dalam dunia nyanyian, dan salah satu strateginya untuk bersaing dengan golongan penyanyi baharu adalah dengan merakamkan semula lagu popularnya, Matahari yang diberi nafas baharu.


PERNAH meraih fenomena menerusi lagu Matahari yang dinyanyikannya sekitar tahun 90-an dahulu, Meyanaliza Rusli atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari kini dilihat semakin menyepi.
Kelibat figura genit yang sudah menginjak usia 38 tahun itu jarang dilihat baik dalam dunia lakonan mahupun nyanyian.
Pelakon yang pernah membintangi drama Anak Betong itu mengakui, dia masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni dan banyak menghabiskan masanya dengan memenuhi jemputan nyanyian dalam majlis-majlis persendirian.
Dia yang turut berjinak-jinak dengan perniagaan produk kecantikan berkata, agak sukar untuk membahagikan masa antara perniagaan dan bidang seni.
Justeru, dia hanya memandang nyanyian sebagai bidang yang serius.
“Buat masa sekarang, saya hanya menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap bidang nyanyian, di samping menguruskan perniagaan produk kecantikan saya secara kecil-kecilan.
“Saya tidak mahu tamak dengan mengambil tawaran lakonan dan nyanyian serentak disebabkan faktor umur dan kekangan masa,” ujarnya yang sudah menapak hampir 21 tahun dalam bidang seni.
Maya mengakui tawaran lakonan yang diterimanya masih seperti dahulu. Namun, dia terpaksa menolak berikutan sedang sibuk merakamkan single terbaharu bersama seorang penyanyi wanita.
“Single duet bersama penyanyi wanita tersebut dijangka akan diterbitkan menjelang Ogos ini dan saya berharap ia mampu membuktikan saya masih lagi wujud dalam industri hiburan tanah air,” katanya bersungguh.
Bercerita lanjut mengenai single tersebut, ujar Maya, dia mengambil masa hampir setahun untuk mencari lagu yang sesuai. Tempoh tersebut menjadi lama disebabkan kekangan masa di studio.
“Single tersebut mengambil masa yang lama disebabkan umur dan komitmen kami berdua terhadap keluarga, di samping jadual studio yang padat yang membuatkan kami terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya.
“Selain itu, masa yang diambil untuk menghasilkan lagu agak lama disebabkan saya mahu memberikan yang terbaik untuk single duet kali ini. Ia juga kerana kami menggunakan kewangan sendiri untuk menerbitkan single ini,” katanya.
Kompilasi
Bercerita mengenai projek baharu yang dirangka oleh penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu, akuinya, dia juga kini sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah album yang memuatkan kesemua lagu nyanyiannya termasuk hit, Matahari dan Diari Biru.
“Album tersebut merupakan hadiah untuk peminat saya disebabkan permintaan daripada peminat. Saya sangat terharu apabila bukan sahaja golongan peringkat pertengahan sahaja yang mengingati lagu Matahari, malah golongan muda turut meminatinya.
“Ia sekali gus membuktikan lagu tersebut masih mendapat permintaan ramai dan menjadi siulan golongan muda sehingga kini. Ada juga yang bertanya kepada saya di mana untuk mendapatkan lagu seperti Matahariku dan Diari Biru. Justeru, album kompilasi ini khas buat mereka.
“Saya berharap boleh bertahan lama dalam industri ini memandangkan ramai penyanyi baharu muncul dan satu daripada strategi saya, tentunya memberi nafas baharu kepada lagu Matahari mengikut arus muzik sekarang,” katanya.
Album kompilasi yang memuatkan lima buah lagu daripada album pertama dan kedua Maya itu dijangka bakal diterbitkan menjelang akhir tahun ini.


Kesan alkohol dalam tempoh 30 saat



RINI menunjukkan alat prototaip pengesan alkohol dalam makanan bersama aplikasi data yang dipaparkan terus melalui telefon bimbit di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Lambakan produk makanan dan minuman yang dikesan mengandungi alkohol sejak kebelakangan ini mendorong seorang penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Rini Akmeliawati menghasilkan satu teknologi baharu untuk mengesan kandungan tersebut.
Inovasi dikenali sebagai IIUM Ladpen itu merupakan sejenis peranti mudah alih yang membolehkannya dibawa ke mana-mana bagi mengesan kandungan alkohol dalam makanan atau minuman.
Rini berkata, ketepatan peranti yang pertama seumpama dihasilkan itu untuk mengesan kandungan alkohol ialah 95 peratus dan keputusan boleh diperolehi serta-merta.
“Peranti ini mempunyai sensor dan ia perlu didekatkan dengan sesuatu makanan atau minuman bagi mengesan kehadiran gas yang ada.
“Sebarang bentuk gas akan diproses dan kurang daripada 30 saat, peranti itu akan memaparkan bacaan sama ada terdapat alkohol dan juga tahap kandungannya juga ditentukan,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.


Thursday, August 7, 2014

Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta, Doakan Eina Azman Bahagia



4rt6u54
Afiq Muiz akui masih belum matang untuk bercinta.
PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz mengaku dia tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakkan ketika berkawan dengan pelakon Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan tersebut tidak berpanjangan.

Afiq, 21, berkata, pengalaman itu menjadi satu pengajaran buatnya untuk melalui hubungan percintaan pada masa hadapan.

"Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini.

"Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil.

"Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Eina Azman bakal berkahwin dengan pilihan hatinya penghujung tahun ini.

Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina kepada Media Hiburan Online iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila indivbidu itu gemar berangan-anngan.

Eina dalam laporan tersebut mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bukan Melayu iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu Afiq berkata, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu bahagia dengan pilihan hatinya itu. 
"Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu," ujar Afiq.

Afiq juga sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu berikutan sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

Dalam pada itu, Afiq berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal teman wanita, sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

"Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik.

"Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu," katanya.

Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam



Foto terkini Talha Harith.
PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith  mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.

Talha,25, berkata, penyakit yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya.

"Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah.

"Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu.

Talha berkata, dia menyedari terkena ilmu hitam pada awal tahun ketika mengusahakan sebuah perniagaan restoran di Setapak.

Perbuatan khianat itu bukan sahaja ditujukan kepadanya, malah rakan perniagaannya yang lain turut mengalami nasib yang sama.

"Ketika saya buka restoran di Setapak dahulu ada restoran lain yang kurang berpuas hati dan merasakan kami mengganggu perniagaan mereka.

"Pada mulanya isteri rakan saya yang menjaga restoran itu terkana dahulu, kemudian rakan saya pula, selepas itu saya turut mengalami kejadian yang sama iaitu hilang selera makan" ujarnya.


Tambah Talha, ketika dia belum pulih sepenuhnya dengan penyakit itu, dia sekali lagi ditimpa kejadian aneh yang dipercayai dilakukan oleh rakan artis.

Perkara tersebut katanya diketahui selepas diberitahu oleh seorang rakan bapanya yang sudah lama terlibat dalam bidang perubatan tradisional.

"Selepas beransur pulih daripada ilmu hitam berkaitan restoran itu datang pula penyakit aneh lain yang mana saya muntah-muntah secara mendadak sehingga tidak boleh makan dan minum.|

Selepas itu seorang rakan bapa saya menghubungi bapa saya dan bertanyakan tentang saya lalu menyuruh saya pergi berubat kerana dia beritahu ada dikalangan rakan baik cemburu dengan saya.

"Bila dia kata begitu saya syak seorang rakan baik saya yang memang pernah berkata tentang perasaan tidak senang hati dengan apa yang saya dapat sekarang.

"Dia kata dia cemburu dengan peluang yang saya dapat sedangkan dia kurang bernasib baik," katanya.

Bagaimanapun, Talha berkata, dia masih lagi dalam proses pemulihan dan kesihatannya ketika ini semakin baik.

Dia akui, pengalaman menderita terkena ilmu hitam itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalan melakukan segala hal yang melibatkan individu lain.

Talha juga bersyukur sepanjang melalui pengalaman itu, pengarah dan produksi banyak bertolak ansur kerana memahami keadaannya.

Sementara itu drama Plan B bagi slot Aksi ini bakal keudara bermula 19 Ogos depan setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.

Antara pelakon yang terlibat ialah Nur Risteena, Syukri Yahaya, Zoey Rahman dan Beto Kusyairy.

Jue Aziz Rancang Resepsi Kahwin Tahun Depan



Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu memutuskan pernikahan aktres Jue Aziz dengan lelaki warganegara Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achmal Danial pada 9 Mac lalu di Makassar, Indonesia sah dan mengikut hukum syarak.
KUALA LUMPUR: Pelakon Jue Aziz berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan bersama suaminya, Bayu Pramana Putra Achmal pada awal tahun hadapan.

Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abd Aziz, 31, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu bagi melaksanakan hasrat berkenaan.

"Alhamdulillah selepas urusan pernikahan saya dengan suami selesai di mahkamah, diharap selepas ini tidak lagi dijadikan isu seperti mana sebelum ini.

"Insya-Allah kami bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi memperkenalkan suami kepada keluarga dan kenalan rapat pada tahun hadapan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan di sini pada Rabu.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu memutuskan pernikahan Jue dengan lelaki warganegara Indonesia itu sah dan mengikut hukum syarak.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga di kampung halaman Bayu, 28, di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, Jue berkata, dia seboleh-bolehnya mahu mempercepatkan tarikh bagi mengadakan majlis berkenaan namun kesibukan mereka terhadap kerjaya seni masing-masing membuatkan perancangan itu terpaksa ditunda pada tahun hadapan.

Jue dan Bayu berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka.
Jelas Jue, dia juga mahu mengadakan acara itu bagi memenuhi impian ibu dan bapanya yang ingin melihat dia bersanding di kampung halaman ibunya di Nilai, Negeri Sembilan.

"Ikutkan pada saya apa yang penting kita dahulukan mana yang wajib tetapi atas permintaan ibu dan bapa, saya setuju untuk mengadakan majlis resepsi berkenaan," jelasnya.

Sementara itu, Jue berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan umum cuma tidak dihebahkan kerana tidak mahu publisiti meluas tentang perkara itu.

Jelas Jue lagi, selepas mendirikan rumah tangga dia tidak pernah menafikan statusnya jika ada pihak yang bertanya malah perkahwinan itu turut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Keluarga restu dan mengetahui tentang pernikahan kami dan tidak pernah kami sorokkan kepada sesiapa yang mengenali cuma ia tidak dihebahkan secara meluas dalam media kerana saya tidak berapa selesa dengan publisiti.

"Bagaimanapun Alhamdulillah berkat Syawal dan doa daripada ibu bapa, semuanya selesai," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Jue berkata, dia dan Bayu bahagia melalui alam perkahwinan mereka dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka.

Bayu ketika diminta mengulas mengenai perkahwinannya dengan Jue secara ringkas memberitahu: "Kami bahagia dan saya sangat cintakannya," katanya yang juga seorang pemuzik.

China haramkan lelaki berjambang naik bas


  • Sekatan kebebasan beragama akan meningkatkan lagi ketegangan di wilayah Xinjiang.Sekatan kebebasan beragama akan meningkatkan lagi ketegangan di wilayah Xinjiang.
BEIJING - CHINA.  Pihak berkuasa Karamay di wilayah Xinjiang, China telah mengharamkan penduduk berjambang atau berpakaian Muslim menaiki bas awam dan mereka yang mengingkari arahan akan ditahan.

Menurut laporan media Karamay Daily, mereka yang memakai niqab, hijab, burka atau sebarang pakaian yang mempunyai simbol bintang dan bulan sabit dilarang mengambil bas tempatan untuk ke mana-mana di sekitar bandar.

Jurucakap Kongres Uyghur Dunia (WUC) Dilxat Reaxit berkata, pengharaman tersebut mendorong kemarahan kumpulan hak asasi manusia luar negara dan menyifatkan sekatan ke atas kebebasan agama dan budaya masyarakat minoriti Islam Uighur telah mencetuskan
ketegangan.

"Sekatan yang dikenakan oleh Karamay adalah langkah diskriminasi biasa yang menambahkan lagi ketegangan antara Uighur dan Beijing,"katanya dipetik Channel News Asia

Difahamkan, keputusan terbabit dikeluarkan sehari selepas ketua masjid terbesar di China yang dilantik kerajaan terbunuh selepas mengimamkan solat subuh di bandar Kashgar.

Ramadan lalu, kerajaan China menguatkuasakan larangan berpuasa ke atas pelajar dan kakitangan kerajaan selain telah menggalakkan penduduk tempatan di wilayah terbabit tidak memakai tudung.

My Kifayah tarik minat bukan Islam


  • Carta jenis perkhidmatan yang ditawarkan.Carta jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
MY KIFAYAH Clixster Mobile optimis untuk mencapai 500,000 pelanggan setiap bulan.

Pengasasnya Mohd Saruji Afandi berkata, sasaran itu  akan dapat dicapai memandangkan perkhidmatan khairat kematian yang ditawarkan khas untuk pengguna talian mudah alih Clixster mendapat sambutan.

"Alhamdulillah, apa yang dicapai oleh My Kifayah pada hari ini sangat menggalakkan dan di luar jangkaan.

"Kami berjaya menarik 50,000 pelanggan dalam masa kurang daripada setahun sejak ia dilancarkan pada 28 Ogos 2013 ," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Clixster Mobile di Sri Hartamas.

Menurutnya, perkhidmatan ini tidak hanya tertumpu kepada agama Islam malah turut dibuka kepada bukan Islam.

"My Kifayah tidak merujuk kepada perkhidmatan untuk orang Islam semata-mata. Ia hanya satu nama Islamik dan perkhidmatan ditawarkan boleh diguna pakai untuk semua masyarakat tidak kira agama.

"Setakat ini, kami sudah berjaya menarik lebih kurang 2,000 pengguna bukan Islam untuk melanggan perkhidmatan ini. Saya percaya, dengan adanya sokongan daripada pengguna bukan Islam, sasaran yang kami tetapkan akan berjaya dicapai," katanya.

Perkhidmatan My Kifayah menawarkan dua pakej eksklusif dengan dengan harga yang mampu dan berpatutan serta dikenakan yuran tahunan RM2.

"Bagi pakej pertama, pelanggan akan dikenakan bayaran RM2.50 dan bayaran itu akan terus dipotong daripada tambah nilai yang dibuat pada setiap bulan. Pakej pertama akan menyediakan RM1,000 tunai kepada waris si mati, khatam Al-Quran dan tahlil
untuk si mati, perkhidmatan kenderaan darat untuk penghantaran jenazah, memastikan si mati dimandikan oleh waris terutamanya zuriat tetapi akan dipantau oleh pihak yang berkelayakan dan akan melengkapkan urusan jenazah sekiranya jenazah tidak mempunyai waris.

"Bagi pakej kedua, pemotongan tambah nilai RM3.50 akan dilakukan pada setiap bulan. Pakej ini menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 tunai kepada waris, khatam Al-Quran dan tahlil untuk si mati, upah haji, satu bahagian korban di Makkah, perbelanjaan tahlil sebanyak RM500 dan juga pemberian sagu hati kepada waris," katanya sambil menambah pelanggan yang bukan beragama Islam akan menerima wang tunai sahaja iaitu RM2,000 untuk pakej pertama dan RM3,000 bagi pakej kedua.

Perkhidmatan ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 sehingga 65 tahun.

"Selepas 65 tahun, perkhidmatan ini akan luput secara automatik.

"Jika kematian, waris hendaklah memaklumkan kepada kami melalui talian 24 jam yang disediakan dan jika gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan menerima sebarang maklumat dan urusan khairat kematian ini tidak dapat dijalankan. Jadi, sekali lagi ia akan luput secara automatik," katanya.

Ditanya mengenai harapan dan juga perancangan masa depan perkhidmatan ini, beliau yakin untuk menembusi pasaran negara-negara luar.

"Selepas berjaya mencapai sasaran dalam Malaysia, kami akan mengembangkan perkhidmatan tersebut ke negara-negara Islam lain contohnya di Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain negara jiran.

"Saya berharap perkhidmatan ini dapat diterima dan dimiliki oleh semua masyarakat tidak mengira agama memandangkan apa kami lakukan amat bertepatan dengan konsep kehidupan manusia yang akhirnya akan menemui ajal," katanya.

Uqasha, hijab dan Aidilfitri


UQASHA menegaskan hijab menjadi pelengkap hidupnya.


SEBETULNYA masih ada banyak kisah menarik yang belum pernah dikongsikan pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen.
Berkisar cerita lebaran, penghijrahan mahupun isi hati. Dalam rangka jadual kerja yang sangat sibuk, Uqasha membenarkan sedikit ruang masanya diketuk Kosmo! untuk sebuah sesi fotografi dan temu bual.
Membuka bicaranya, Uqasha, 22, teruja berkongsi cerita dan persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.
Sebagai individu yang sudah berhijab, perasaan meraikan lebaran bersama keluarga tahun ini dicuit sekelumit rasa keinsafan.
"Suci fitrah mendalam maknanya, hadirnya perasaan untuk bersederhana dalam setiap perilaku dan menyisihkan segala titik hitam yang lampau antara erti yang boleh saya kongsikan.
"Seboleh-bolehnya saya mahu keluar daripada segala lingkaran kontroversi dan kisah yang tidak enak mengenai diri saya.
"Tambah pula selepas berhijab saya masih mencari-cari kedamaian dalaman yang selama ini saya sukar temui.
"Aidilfitri bulan kemaafan dan menyucikan hati. Alhamdulillah saya dipertemukan lagi dengan dua bulan penuh keberkatan tahun ini, Ramadan dan Syawal," ulas Uqasha mengukir sekuntum senyum manis.
Mula bertudung
Uqasha membenarkan cerita hijrahnya dibuka kembali. Biar cerita itu sudah berlalu sepurnama, Uqasha tidak melihat cerita itu patut menjadi pokok bicara secara universal kerana itu urusannya dengan Allah.
"Terdetik hati saya untuk memakai tudung kerana mahu menjadi seseorang yang lebih baik dan sejak bulan Januari tahun ini, saya mendapat satu alamat kuat daripada Allah untuk saya menutup aurat dan mendalami erti sebenar wanita muslim.
"Saya mula diberikan watak bertudung dan lama-kelamaan, saya menjadi selesa. Hati terbuka untuk memakai tudung walau saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan sedalam-dalamnya keputusan ini.
"Dilemanya, kerana saya berada dalam bidang hiburan dan masih baharu. Namun bagi saya, ini satu kewajipan malah setiap perkara baik itu bersifat terpaksa. Lama-kelamaan, perasaan itu makin kuat dan dekat di hati saya," jelasnya.
Titik perubahan Uqasha bermula ketika penggambaran drama bersiri Kalau Itu Jodoh Kita di Gold Coast, Australia.
Sepulangnya dari penggambaran bersama pelakon lain antaranya, Anzalna, Qi Razali dan Pekin Ibrahim, Uqasha kian selesa dan sentiasa mengenakan hijab setiap kali keluar dari rumah. Kata Uqasha, hijab menjadi pelengkap hidupnya.
Jangan menghukum
Bekas pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu memberitahu, keluarganya terkejut dengan perubahannya dan sentiasa berdoa agar dia istiqamah dengan keputusan dan tindakan yang telah dia sendiri putuskan itu.
Ditebak persoalan mengenai kesesuaian watak dan syarat yang diletakkan selepas dia berhijab, kata Uqasha ringkas kualiti itu bukan dinilai berdasarkan penampilan.
"Saya tidak hadkan diri saya untuk watak protagonis semata-mata sejak saya mula bertudung, tapi andai ada peranan hitam yang perlu saya lakonkan biarlah berpada-pada dan tidak keterlaluan dengan imej saya sekarang," tegasnya.
Skeptikal sesetengah masyarakat hingga menghukum sesetengah artis yang memilih untuk berhijrah kerana mengikut trend terkini, Uqasha memberikan reaksi terhadap perkara itu.
"Sama sekali saya tidak bersetuju mengenai pandangan tersebut kerana bertudung dan menutup aurat merupakan satu kewajipan setiap wanita beragama Islam. Alhamdulillah, selepas berhijab saya rasa tenang dan terjaga," ujarnya.
Jejaka patuh agama
Uqasha masih bertatih, pintanya agar semua pihak menghormati keputusannya untuk berhijab dan tidak meletakkan penilaian atau ekspektasi luar jangka.
"Mungkin ada bahagian tertentu saya masih kurang, saya masih belajar dan sedang berusaha untuk menjadi insan yang terpelihara daripada anasir tidak baik. Beri saya peluang," getusnya yang masih belajar aspek berpakaian yang sempurna.
Pernah beberapa kali melalui episod duka dalam perhubungan, Uqasha menjelaskan, dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam dengan individu yang sebelum ini pernah mengisi sebelah jiwa dan hatinya.
"Saya tidak simpan dendam. Kalau sudah tertulis bukan jodoh saya, apa yang boleh saya lakukan. Banyak yang saya pelajari daripada kegagalan perhubungan sebelum ini.
"Saya belajar untuk menyayangi diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain dan saya mengakui, ada antaranya tercetus kerana silap saya sendiri.
"Hasrat hati saya untuk memperbaiki diri terus berjalan ke hadapan," tambahnya yang mahukan lelaki yang mempunyai asas ajaran agama Islam.
Balik Kelantan
Beralih kisah ke lembaran Aidilfitri, cerita Uqasha penuh teruja, dia sekeluarga meraikan kemuliaan lebaran di kampung keluarganya di Kelantan.
Kongsi Uqasha, keseronokan menyambut Aidilfitri di sana sangat meriah dan di kampung halaman itu juga tersimpan sejuta memori ketika zaman kecilnya bersama adik-beradik.
"Kami sekeluarga memandu untuk pulang ke Kelantan tahun ini, di sana semua berhimpun beramai-ramai tahun ini.
"Cuma tahun ini, raya saya kurang bermakna setelah nenek saya, Fatimah Jusoh meninggal dunia tahun lalu dan suasana kampung juga tidak serancak tahun-tahun sudah," katanya.