MERSING - Seekor ular sawa dianggarkan seberat kira-kira 50 kilogram dengan panjang sembilan kaki ditangkap selepas menelan seekor anjing, lewat malam tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Mersing, Nur Najibah Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan orang awam jam 11.40 malam tadi.
"Setibanya di lokasi kejadian, Kg Paya Tinggal, Sri Pantai, kami dapati seekor ular sawa berada di bawah sebuah reban ayam milik pengadu.
"Ular sawa tersebut berjaya ditangkap selepas kira-kira 10 minit operasi berikutan kawasan bawah reban yang sempit," katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan ular sawa tersebut telah memuntahkan kembali bangkai anjing milik pengadu yang ditelan itu sebelum anggota APM tiba di lokasi.
Ular tersebut kini berada di Pusat Kawalan Daerah (PKOD) Mersing.
Operasi dijalankan empat anggota APM diketuai Pbt. (PA) Mohd Faizal Sulaiman.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: