KUALA TERENGGANU - Jabatan-jabatan kerajaan, khususnya jabatan kerajaan negeri digalakkan untuk membenarkan kakitangannya melaksanakan solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, buat masa ini, kakitangan Wisma Darul Iman sudah mula melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Menurutnya, dalam tempoh yang dibenarkan itu, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dan mengaji di surau yang disediakan.
“Sembahyang biasanya ambil masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama. Kita telah mula kuatkuasakan di Wisma Darul Iman dan saya memberi galakan agar jabatan-jabatan lain ikut sama.
“Tapi dalam masa yang sama, saya ingin ingatkan, jangan ada yang ambil kesempatan kerana masa yang diberikan adalah terhad iaitu 10 minit sahaja. Selain itu, jika ada jabatan yang ingin laksanakannya, mereka mestilah sediakan tempat.
“Jangan nanti ada yang ambil kesempatan dan kata kena pergi masjid, makan masa sehingga sejam. Ini tak boleh, apa yang saya maksudkannya adalah memberi galakan tetapi ia bukannya kemestian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali Ke-38 Tahun 2017 dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, buat masa ini masih belum ada aduan tentang pasar raya yang dibuka ketika solat Jumaat, sejak arahan penutupan premis selama dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bagi menghormati dan memberi laluan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat bermula 1 Januari 2015.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar penguat kuasa terus memantau bagi memastikan arahan itu dipatuhi oleh semua premis di negeri ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: