MESKIPUN semakin selesa dengan kerja-kerja belakang tabir menerusi syarikat produksinya, Mermaid Studio Sdn Bhd, Liyana Jasmay mengakui mahu terus bergiat aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Selama lebih 20 tahun dalam industri, membuatkan Liyana merasa begitu sebati dengan seni yang juga minatnya semenjak kecil sehingga ke hari ini.
Terbaru Liyana yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 ini, bakal tampil dengan filem terbaru, Bella & Jamie yang juga filem pertama terbitan syarikat produksinya.
“Bella & Jamie bakal ditayangkan sekitar Oktober depan sangat istimewa buat saya sebab ia filem pertama terbitan Mermaid Studio selepas aktif dalam penerbitan drama sebelum ini.
“Apa yang menariknya, saya bakal rakamkan kembali salah sebuah lagu popular KRU secara remix di mana lagu ini akan dijadikan runut bunyi Bella & Jamie.
“Buat masa ini, saya tak akan dedahkan dulu lagu apa bakal dirakamkan itu, cuma apa yang boleh saya katakan lagu itu sangat bersesuaian dengan karakter-karakter dalam filem ini,” katanya.
Liyana yang sebelum ini pernah popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta, mengakui agak gemar mencuba sesuatu yang baru untuk beri lebih pilihan kepada pendengar dan pasaran muzik sedia ada.
“Saya sedar kebanyakan lagu-lagu saya sebelum ini sebenarnya bukan jenis yang pasaran muzik Melayu suka, tapi saya tidak kisah sebab saya suka bagi pilihan kepada peminat muzik tanah air.
“Memang ada yang anggap lagu saya berbunyi urban, tetapi bagi saya inilah yang jenis muzik yang saya suka untuk ketengahkan sebab kita perlu sentiasa bergerak maju ke depan dan bukan asyik mengulang benda yang sama yang pernah dilakukan sebelum ini,” tegasnya bakal muncul single terbaru tidak lama lagi.
Mengakui diri seorang berani ambil cabaran dan berdepan risiko, Liyana sentiasa positif dengan apa yang dilakukannya.
“Saya akan buat benda yang saya suka dan ambil risiko atas pelaburan saya lakukan kerana saya percaya apa pun perkara kita mesti perlu berani mencuba.
“Saya pernah buat album dengan dengan duit sendiri bukan kerana saya banyak duit, tetapi ia sebenarnya usaha yang saya lakukan untuk pastikan apa yang saya mahukan dapat direalisasikan.
“Daripada habiskan duit beli beg tangan atau kereta mahal, baik saya gunakan wang itu sebagai pelaburan untuk kerjaya seni saya,” ujarnya berterus-terang.
Terbaru, Liyana menerusi kolaborasi bersama Metrojaya melancarkan koleksi baju raya Mermaid Luxe Raya Wonderland di pusat membeli-belah Metrojaya di Mid Valley Megamall, Selasa lalu.
“Alhamdulillah tahun ini Mermaid Luxe sekali lagi tampil dengan koleksi raya menyaksikan kolaborasi kami bersama Metrojaya dengan rekaan-rekaan lebih istimewa dan eksklusif.
“Menerusi tema Wonderland, kami tampil dengan tiga koleksi iaitu Classic, Elegant dan Candy di mana setiap satunya mempunyai gaya dan karakter tersendiri bagi memudahkan pembeli membuat pilihan mengikut cita rasa mereka sendiri,” ujarnya.
Biarpun bergelar selebriti, Liyana akui tidak pernah menggunakan kedudukannya itu sebagai jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.
“Apa pun yang kita lakukan kalau dengan usaha dan kerja kuat, insya-ALLAH akan memberikan hasil yang positif.
“Populariti bukanlah penggerak utama kerana jika produk yang kita hasilkan itu tidak datang dengan kualiti yang baik, maka ia juga tidak akan berjaya.
“Jadi saya dan team Mermaid sangat serius dengan kerja kami dan sentiasa memastikan apa yang kami hasilkan itu adalah yang terbaik,” tegasnya.
Berkongsi cabaran yang dilaluinya sebagai sebagai usahawan muda, Liyana mengakui ia tidak semudah yang disangka.
“Cabaran datang dalam pelbagai bentuk, namun disebabkan kita datang dengan cara kerja yang profesional, segala cabaran itu dapat diatasi dengan baik.
“Saya tidak mahu orang kata saya jual nama sebagai selebriti untuk berjaya dalam perniagaan, sebaliknya saya mahu buktikan apa yang diperoleh ini datangnya daripada kepercayaan orang terhadap kualiti yang kami bawakan,” kata Liyana yang menjadikan bapanya sebagai idola dalam bidang perniagaan.
Meski sibuk dengan kerjayanya dalam bidang seni dan perniagaan, Liyana yang juga ibu kepada dua cahaya mata comel, Sofia Arissa, 3 dan Selena Fathuddin, 1, mengakui tetap mengutamakan keluarga dalam rutin sehariannya.
“Penat macam mana sekalipun, apabila pulang ke rumah dan bersama-sama dengan anak serta suami segalanya hilang begitu sahaja.
“Saya bahagia dengan kehidupan yang dimiliki hari ini dan sebagai ibu saya sentiasa mengharapkan agar anak-anak membesar dengan baik.
“Insya-ALLAH saya mahu menjadi seperti ibu saya di mana kami membina hubungan yang begitu rapat semenjak dari kecil sehinggalah hari ini meskipun saya sudah mempunyai keluarga sendiri dan itu jugalah yang sedang saya terapkan kepada anak-anak saya sekarang,” akhiri Liyana.
Selama lebih 20 tahun dalam industri, membuatkan Liyana merasa begitu sebati dengan seni yang juga minatnya semenjak kecil sehingga ke hari ini.
Terbaru Liyana yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 ini, bakal tampil dengan filem terbaru, Bella & Jamie yang juga filem pertama terbitan syarikat produksinya.
“Bella & Jamie bakal ditayangkan sekitar Oktober depan sangat istimewa buat saya sebab ia filem pertama terbitan Mermaid Studio selepas aktif dalam penerbitan drama sebelum ini.
“Buat masa ini, saya tak akan dedahkan dulu lagu apa bakal dirakamkan itu, cuma apa yang boleh saya katakan lagu itu sangat bersesuaian dengan karakter-karakter dalam filem ini,” katanya.
Liyana yang sebelum ini pernah popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta, mengakui agak gemar mencuba sesuatu yang baru untuk beri lebih pilihan kepada pendengar dan pasaran muzik sedia ada.
“Saya sedar kebanyakan lagu-lagu saya sebelum ini sebenarnya bukan jenis yang pasaran muzik Melayu suka, tapi saya tidak kisah sebab saya suka bagi pilihan kepada peminat muzik tanah air.
“Memang ada yang anggap lagu saya berbunyi urban, tetapi bagi saya inilah yang jenis muzik yang saya suka untuk ketengahkan sebab kita perlu sentiasa bergerak maju ke depan dan bukan asyik mengulang benda yang sama yang pernah dilakukan sebelum ini,” tegasnya bakal muncul single terbaru tidak lama lagi.
Mengakui diri seorang berani ambil cabaran dan berdepan risiko, Liyana sentiasa positif dengan apa yang dilakukannya.
“Saya akan buat benda yang saya suka dan ambil risiko atas pelaburan saya lakukan kerana saya percaya apa pun perkara kita mesti perlu berani mencuba.
“Saya pernah buat album dengan dengan duit sendiri bukan kerana saya banyak duit, tetapi ia sebenarnya usaha yang saya lakukan untuk pastikan apa yang saya mahukan dapat direalisasikan.
“Daripada habiskan duit beli beg tangan atau kereta mahal, baik saya gunakan wang itu sebagai pelaburan untuk kerjaya seni saya,” ujarnya berterus-terang.
Lancar koleksi raya terbaru
Dalam perkembangan lain, Liyana juga sibuk menguruskan perniagaan sebagai pengeluar pakaian jenama Mermaid Luxe yang diusahakan bersama kakaknya, Adriana Jasmay.Terbaru, Liyana menerusi kolaborasi bersama Metrojaya melancarkan koleksi baju raya Mermaid Luxe Raya Wonderland di pusat membeli-belah Metrojaya di Mid Valley Megamall, Selasa lalu.