Thursday, May 11, 2017

“Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana



KUALA LUMPUR: Ketika populariti sedang naik, timbul pula kisah tak sedap didengar tentang Siti Nordiana.
Ketika menjuarai pentas Gegar Vaganza musim kedua lalu, sudah timbul isu dia mula ‘demand’ dengan meletakkan harga bayaran tinggi.
Terbaharu, tersebar pula gosip Siti Nordiana atau Nana, 33, buat hal lagi kononnya sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran.
Kami mendapatkan jawapan daripada Nana!
Siti Nordiana
"Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar.
"Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran  saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.
“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam," ujarnya.
Dia ditemui pada majlis pelancaran program Cipta Kawan Cheek-e yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, di sini, Isnin.
Siti Nordiana mengulas tentang berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa dia 'buat hal' iaitu datang lambat dan meminta untuk didahulukan temubual.
Penyanyi lagu Terus Mencintai ini mengakui terkilan dengan tuduhan yang boleh memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya.
Bagaimanapun, Siti Nordiana meminta maaf jika perkara itu menyusahkan seluruh pihak produksi berkenaan.
"Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf," ujarnya.