SABAK BERNAM - Dua beradik yang mencipta rekod mencuci masjid di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta Brunei bertekad meneruskan misi amal membersihkan masjid ke Singapura, Mei tahun depan.
Ketua kumpulannya, Annas Aiman Jaffry, 28, berkata, kembara yang turut disertai adiknya, Muhammad Aidil, 25, memilih negara jiran di selatan tanah air itu sebagai destinasi jelajah seterusnya.
"Kami dah rancang nak buat projek amal ini ke Singapura termasuk mengeliling Asia Tenggara.
"Pada tahun lepas, kami dah mengembara ke Borneo termasuk ke Brunei dan tahun sebelumnya berjalan kaki mengelilingi Semenanjung Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, Annas Aiman berkata, projek kembara itu masih dalam peringkat perancangan, namun mereka sudah menyusun jadual perjalanan dan program kembara tersebut.
"Seperti semasa Kembara Sahabat Borneo, kami mengambil pendekatan menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu masjid ke masjid berikutnya.
"Jika tiada aral-melintang, kami rancang untuk mengembara dan membersihkan masjid di Singapura pada awal bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri bersama masyarakat Islam di Kota Singa itu nanti," katanya.
Menurut Annas Aiman, mereka mahu melakukan kerja sukarelawan bagi mencari keberkatan Ramadan, selain merancang mengikuti pelbagai program keilmuan Islam dan tadarus al-Quran di masjid.
"Kami mahu mendekati pelbagai lapisan masyarakat yang dapat mengimarahkan masjid di samping melihat perbezaan budaya dari segi menyambut bulan puasa dan raya.
"Daripada situ, banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang sosio budaya dan perbezaan masyarakat semasa bulan Ramadan, selain mencari keberkatannya," katanya.
Annas Aiman memberitahu, Sejak Februari lalu mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual roti lapis di Pekan Sungai Besar.
"Buat masa ini kami niaga kecil-kecil untuk belajar selok belok perniagaan makanan, selain bertujuan mengumpul dana bagi projek kembara kali ini," katanya.
Sebelum itu, pada 2015, mereka bersama seorang lagi rakan mereka, Nizamuddin Aliddin, menjayakan Kembara Berjalan Kaki Satu Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid melibatkan 140 buah masjid dalam tempoh 239 hari dengan jarak pengembaraan sejauh 2353 kilometer.
Bagaimanapun, Kembara Sahabat Borneo yang tidak disertai Nizamuddin pula, dua beradik itu berjaya membersih sebanyak 52 masjid di Sarawak, Sabah dan Brunei dengan jarak perjalanan sejauh 2, 730 kilometer.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: