SKYFALL yang merupakan filem francais perisik terkenal Britain, James Bond disifatkan yang terbaik di dalam sejarah pembikinannya dalam tempoh 50 tahun. Ulasan tersebut diberikan kebanyakan pengulas filem dunia beberapa hari selepas tayangan sulungnya beberapa tahun lalu.
Meski filem hebat ini hanya menelan belanja sekitar AS$200 juta, namun keuntungan yang direkodkan nyata melebihi AS$1.109 bilion.
Sejak awal pembikinan, produksi Skyfall menginginkan Adele untuk menyanyikan lagu tema untuk filem tersebut dan akhirnya, pihak Skyfall menemui penyanyi itu dan mempertimbangkan ia secara serius. Beberapa bulan selepas itu, Adele bersama Paul Epworth, Adele mengirimkan runut bunyi yang judulnya sama dengan filem tersebut.
Skyfall daripada Adele juga berjaya memenangi Anugerah Lagu Tema Terbaik di Oscar dan Golden Globe.
Ini merupakan filem Bond pertama yang diarahkan Mendes. Sebelum ini, pengarah itu pernah memenangi Anugerah Oscar menerusi filem hebatnya, American Beauty yang ditayangkan pada 1999.
Craig sebelum ini pernah membayangkan bahawa ini merupakan filem Bond terakhir yang dilakonkannya. Namun bintang itu kembali pada sequel seterusnya iaitu Spectre dan khabarnya, dia turut muncul di dalam sebuah lagi filem Bond yang akan datang.
Sementara itu, untuk Skyfall, Craig melakukan latihan kecergasan enam bulan sebelum penggambaran bermula. Malah aktor itu tetap melakukan rutin sama selama dua jam sehari ketika masih dalam penggambaran bagi mengekalkan staminanya melakukan babak aksi.