Thursday, May 18, 2017

Peminat Harapkan Yang 'Panas' Dari Black Pink




Kumpulan Black Pink. 
PERNAH tampil dengan beberapa kejutan dalam kerjaya seninya sebelum ini, kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita, Black Pink khabarnya bakal membuat kemunculan semula sekitar Jun depan.
Ini seperti yang dinyatakan sendiri oleh Osen, pengurus dari syarikat rakaman YG Entertainment yang sekali gus membuatkan ramai peminat mula berteka-teki apakah kejutan yang bakal dibawa oleh Black Pink nanti.
YG Entertainment sebelum ini berjaya  menaikkan kembali beberapa nama popular seperti Big Bang, pemuzik Akdong, Sechskies, WINNER dan PSY sebelum ini.
Ia memberi harapan baru kepada peminat tegar kumpulan wanita ini bahawa sesuatu yang panas bakal ditampilkan Black Pink Jun nanti.
"Seiring dengan kemunculan semula mereka pada musim panas, pasti sesuatu yang lebih hangat dari sebelum ini akan mereka tampilkan   dan sebagai peminat kami tidak sabar untuk menantikan apakah kejutan itu," kata salah seorang peminat tegar mereka.
Pada Ogos 2016, Black Pink mengejutkan industri hiburan Korea apabila  berjaya melancarkan tiga muzik video dalam tempoh kurang daripada setahun yang melepasi 100 juta tontonan di Youtube dan ramai percaya mereka akan mengulangi kejayaan itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: