JOHOR BAHRU - Keadaan jenazah pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang dikhabarkan masih sempurna ketika proses penggalian semula, kelmarin disifatkan sebagai tanda kebesaran ALLAH SWT.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj), Datuk Nooh Gadut berkata, memang sudah dijanjikan itu adalah ganjaran kepada hafaz atau mereka yang sentiasa meletakkan al-Quran di dalam dada.
“Kita sedia maklum yang anak ini merupakan tahfiz dan ketika ditanya kepada ahli keluarganya mereka memberitahu yang arwah mahu hafal kesemua 30 juzuk al-Quran.
“Nak hafal al-Quran ni bukan mudah, ia perlukan kesabaran dan keikhlasan dalam mengenalinya.
“Selain itu, peristiwa ini juga mungkin dilihat sebagai ganjaran daripada ALLAH SWT kepada ahli keluarganya yang meredai pemergian arwah ketika dia sedang menimba ilmu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Nooh berkata, beliau sudah berasakan perkara tersebut sejak pertama kali melihat Allahyarham yang ketika itu baru selesai menjalani pembedahan kaki.
“Ketika saya ziarah arwah sewaktu dia baru selesai jalani pembedahan kaki, saya lihat wajahnya bersih sahaja.
“Kita pun mungkin dapat rasa kalau kaki dah tiada dengan keadaan fizikal yang lemah semestinya wajah itu akan berubah. Mungkin zahirnya itu merupakan tanda kepada khusnul khatimah (mati dalam kebaikan),” katanya.
Ujarnya lagi, kisah Mohamad Thaqif ini harus dijadikan teladan dan merupakan peringatan kepada mereka yang masih hidup agar kehidupan sentiasa diberkati.
“Al-Quran ini ilmu dan penyuluh dalam kehidupan kita, banyak manfaatnya meskipun sudah meninggalkan dunia. Kita jangan sesekali meninggalkannya.
“Dan kepada ibu bapa, usaha menghantar anak-anak mempelajari al-Quran adalah langkah yang baik untuk membina peribadi mereka selain membantu dalam pembinaan insan berakhlak mulia,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: