Tuesday, May 23, 2017

Leonardo DiCaprio Kembali Solo!




Nina Agdal dan Leonardo DiCaprio berpisah.
PELAKON terkenal Leonardo DiCaprio kembali solo selepas hubungannya dengan Nina Agdal dilaporkan sudah berakhir.
E! Online bagaimanapun melaporkan perpisahan itu dilakukan secara baik dan keputusan itu dilakukan kerana jadual mereka yang padat dan jarang dapat bersama.
"Mereka masih bersahabat cuma hubungan cinta itu tidak menjadi," kata sumber.
Kali terakhir Leonardo, 42, dilihat bersama Nina, 25, yang juga seorang model adalah ketika mereka berada di New York pada bulan lalu.
Pasangan itu mula bercinta pada Mei tahun lalu.
Leonardo sebelum ini pernah bercinta dengan beberapa wanita seperti Kelly Rohrbach, Toni Garrn dan Anne Vyalitsyna.
Pemenang Anugerah Akademi itu juga pernah menjalinkan hubungan dengan model terkenal, Gisele Bundchen dari tahun 2000 hingga 2005 sebelum bercinta dengan Bar Rafaeli selama lima tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: