SERAMAI 10 muka baharu termasuk pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor telah dilantik sebagai duta siri kedua Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Pengumuman itu dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang berharap pelantikan baharu itu akan mengalakkan lebih ramai golongan muda menjadi sebahagian daripada TN50.
"TN50 bukan propaganda kerajaan tetapi aspirasi rakyat. Barisan baharu yang ada ini diharapkan dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai terutama belia," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Khairy, 700,000 belia telah terlibat menerusi pelbagai program dan pendekatan dengan lebih daripada 30,000 harapan dan aspirasi dapat dikumpulkan.
Selain Neelofa, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup; pemuzik Gabriel Fairuz Louis; pakar fatwa, Datuk Izhar Afiff; Pengurus Eksekutif (Operasi) ABIM, Jufitri Joha; pengasas JuaraGym, Ben Uzair; artis seni halus, Anniketyni Madian; usahawan Juliana Lim dan Esther Michael serta aktivitis marin Nadhirah Mohd Rifai.
Ini adalah pelantikan siri kedua duta selepas 13 duta termasuk bekas pemain skuasy negara, Sharon Wee Ee Lin dilantik pada 14 April.
Khairy juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan TN50 - Lingkaran Masa Depan pada 26 Mei ini di mana maklum balas yang dikumpulkan akan dibincang dan dipilih oleh pakar bagi menjadikannya aspirasi nasional.
TN50 adalah inisiatif untuk merancang masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050 yang dilancarkan Najib awal tahun ini.
Pada sidang media sama, Neelofa berterima kasih kepada Khairy atas pelantikan itu dan percaya mampu membantu mempromosikan TN50 dalam kalangan peminatnya menerusi media sosial.
"Saya akan bekerja keras untuk menarik lebih ramai golongan belia dan membantu menjadikan Malaysia lebih baik pada masa depan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: