ALOR SETAR - Bakat pelawak Lan Pet Pet meniru bunyi berjaya menarik bidaan RM15,000 pada lelongan amal sempena Hari Karnival Penyayang 2017 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di perkarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang merupakan anggota kumpulan Senario, sebelum itu membuat persembahan meniru bunyi kereta Formula Satu, kuda dan siulan lagu 'Getaran Jiwa'.
Persembahannya itu dibida dengan nilai RM15,000 oleh Pengarah Urusan ECK Group Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew.
Wang daripada pembelian itu akan didermakan terus ke Tabung YSB bagi membiayai program kesihatan dan projek tuisyen percuma Titian Bistari oleh yayasan tersebut untuk murid-murid miskin yang berumur 10 hingga 12 tahun.
Chew berkata ini merupakan kali pertama beliau melibatkan diri dalam bidaan Karnival Amal Hari Penyayang dengan niat untuk membantu golongan yang lebih memerlukan.
"Saya tertarik dengan bakat yang telah ditunjukkan beliau (Lan Pet Pet) kerana bukan mudah meniru dan membuat bunyi-bunyi menggunakan mulut. Persembahan dia juga seronok dan tidak membosankan, jadi tidak salah untuk saya membida bakatnya.
"Selain itu saya turut membeli potret Tuanku Sultan dan Sultanah dengan harga RM30,000, lukisan bertajuk 'Keriang Hill View' yang berharga RM30,000, satu kepala kuda hasil pelukis terkenal Thailand bernilai RM40,000 dan tiga lagi barang lain," katanya.
Chew berkata enam barangan yang dibidanya itu membabitkan jumlah keseluruhan RM165,000.
Sementara itu, Lan Pet Pet berkata dia gembira kerana ada pihak yang sudi membida dan menyumbang kepada YSB atas bakat dan persembahan hasil ideanya sendiri.
Sementara itu, lelongan amal tersebut yang dikendalikan Anggota Lembaga Amanah YSB, Datuk Nasir Mustafa bersama Lan Pet Pet berjaya mengumpul dana berjumlah RM518,000 hasil lelongan 21 barangan termasuk nombor pendaftaran kenderaan sempena Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: