TUMPAT - Dibeli dengan gaji pertama sebagai guru dan di hari terakhir perkhidmatan pengetua Mohd Mokhtar Che Hashim, motosikal vespa klasiknya itu mengamit nostalgia apabila diarak pemiliknya.
Mohd Mokhtar, 60, merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pinang meraikan hari persaraan penuh warna-warni apabila berkonvoi bersama Vespa merah miliknya diiringi 19 vespa klasik.
Meninggalkan memori indah kepada 653 pelajar sekolah itu apabila Mohd Mokhtar yang segak berpakaian baju melayu songket turut membuat persembahan dikir barat bersama pelajar.
Mohd Mokhtar berkata, dia cukup teruja dengan persiapan yang diatur apabila hari persaraannya dirai dengan meriah.
"Lebih 30 tahun usia vespa saya ini, jasanya amat besar kerana berulang-alik mengajar ketika mula-mula bertugas sebagai guru adalah dengan Vespa ini.
"Dan di hari persaraan saya, Vespa ini juga saya tunggang tetapi dalam suasana penuh meriah apabila dihantar pulang diiringi 19 vespa," katanya.
Sekolah pertama Mohd Mokhtar mengajar adalah Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 15.
Perkhidmatan Mohd Mokhtar sebagai pengetua di SMK Sungai Pinang selama setahun 9 bulan dan tamat perkhidmatannya pada 7 Jun ini apabila 38 tahun berbakti pada anak bangsa.
Mohd Mokhtar berkata, walau pun tidak lagi sebagai pengetua di SMK Sungai Pinang tetapi dia mengharapkan kecemerlangan akademik sekolah ini terus meningkat.
"Saya bangga pada pelajar sekolah ini kerana keputusan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas ada peningkatan.
"Saya harap sekolah ini dapat kekalkan prestasinya, dan penyumbang kecemerlangan itu adalah dalam kalangan pelajar asrama apabila mencipta kecemerlangan dua tahun berturut-turut," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: