HULU TERENGGANU - Penemuan tiga bongkah batu berhampiran penempatan Madrasah Khairul Insan (MKI), di sini, terus menjadi tanda tanya komuniti apatah lagi bentuknya disifatkan agak unik kerana kelihatan seperti berbucu tajam.
Difahamkan, batu unik itu ditemui penghuni MKI lebih kurang 15 tahun lalu namun ketika itu bongkah yang kelihatan dari permukaan tanah kurang daripada 0.5 meter dan penemuan itu dianggap biasa selain hanya dalam pengetahuan komuniti MKI sahaja.
Namun, pada awal tahun jemaah MKI bergotong-royong mengalinya sedalam kira-kira dua meter.
Bimbang bongkah batu terbalik, mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan kerja-kerja mengali dan batu unik dengan ketinggian kira-kira tiga meter yang dapat dilihat kini itu terus kekal berkeadaan sedemikian.
Bagaimanapun, penemuan bongkah itu masih menjadi tanda tanya dalam kalangan komuniti khususnya di Kampung Jenagur selain kian menjadi perbualan kebelakangan ini apatah lagi batu purba itu menjadi tular setelah dimuat naik dalam laman sosial Facebook.
Sementara itu, Pengerusi MKI, Mohd Ariff Yong berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bongkah tersebut mempunyai kaitan rapat dengan peninggalan sejarah apatah lagi daerah Hulu Terengganu sendiri sememangnya begitu kaya dengan sejarah.
“Buat masa ini belum ada penyelidikan khusus dijalankan mana-mana pihak, jadi tidak boleh buat sebarang andaian. Cuma, kita rasa ia ada kaitan dengan nilai sejarah seperti penempatan penduduk suatu masa dahulu.
“Lokasi penemuan bongkah itu terletak lebih kurang satu kilometer dari penempatan MKI di sebarang sungai. Perjalanan ikut jalan darat melalui belukar ambil masa sekitar setengah jam dan menggunakan bot hanya beberapa minit sahaja.
“Biasanya kami menaiki bot menelusuri sungai untuk ke sana berbanding jalan darat. Komuniti MKI turut adakan pemantauan di kawasan itu bagi pastikan tiada individu atau pihak yang datang dengan tujuan bukan-bukan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Ariff yang lebih mesra dipanggil Abah turut memaklumkan di perkampungan MKI turut mempunyai sebuah makam bersejarah iaitu Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: