Monday, November 29, 2010

Suria FM Kekalkan Formula Lama

Antara penyampai Suria FM semasa majlis ulang tahun ketiga Suria FM di Studio V, One Utama pada 24 November lalu.

SABAN hari dan waktu, stesen radio Suria FM tetap mendapat tempat di hati pendengar dan rakan artis tempatan.

Biarpun kini menduduki tempat ke-4 antara stesen radio Melayu tempatan manakala tempat ke-6 secara keseluruhannya, Suria FM tidak pernah berhasrat untuk menukar formula yang memartabatkan segenap penjuru muzik tempatan seiring dengan tagline ‘Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru’.

Ditambah pula dengan sokongan penyampai-penyampai yang juga merupakan tulang belakang Suria FM iaitu Halim Othman, Zizi, Myra, Bob, Naim, Linda Onn, Tuah Zoqarnain, Lin, Othoe dan Lotter.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor, stesen radio tersebut sentiasa mementingkan kehendak pendengar dengan sentiasa melakukan kajian.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan baru-baru ini, 1.9 juta pendengar dan artis memberikan respon yang bagus.

Kehadiran rakan artis turut menyerikan majlis.

“Jadi, kami akan meneruskan formula menampilkan lagu-lagu artis otai dan yang baru naik serta lebih memantapkan lagi Suria FM pada masa akan datang,” katanya di sisi Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah ketika majlis ulang tahun Suria FM ke-3 di Studio V, One Utama, Rabu lalu.

Tanggal 24 November merupakan tarikh ulang tahun Suria FM.

Pendengar sasaran stesen radio ini terdiri dari lingkungan umur 18 hingga 35 tahun.

Setelah pelbagai cabaran yang ditempuhi, Suria FM sudah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik sekaligus membuktikan stesen radio ini adalah setanding dengan radio tempatan lain.

Berdasarkan kaji selidik radio Nielsen kedua 2010, Suria FM merupakan nombor satu dalam peratusan peningkatan jumlah pendengar iaitu peningkatan sebanyak 172 peratus dari tahun ke tahun.

Segmen Breakfast@Suria bersama Zizi dan Halim serta segmen Suria Drive kelolaan Linda Onn meletakkan Suria FM menjadi nombor satu dalam peningkatan pendengar waktu pagi dan petang jika dibandingkan dengan stesen radio Melayu lain.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor (kiri) dan Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah.

Tambahnya: “Alhamdulillah, jumlah pendengar semakin meningkat. Kami akan sentiasa mendekati pendengar dan artis dengan melakukan acara-acara tahunan termasuk karnival secara besar-besaran.

“Bermula Januari tahun depan, kami akan menganjurkan acara-acara yang lebih hebat berbanding tahun lepas dengan mengunjungi bandar-bandar besar seperti sebelum ini. Cuma lokasinya berubah sedikit dan akan ditentukan nanti.”

Stesen radio yang kini menduduki tempat ke-4 dikalangan stesen radio Melayu tempatan juga akan melancarkan pejabat dan studio di Kota Kinabalu pada suku pertama tahun hadapan.

Seramai lebih 40 artis yang menghadiri majlis ulang tahun Suria FM seperti Sabhi Saddi, Ifa Raziah, Ikhwal, AXL’s, Reshmonu, Jay Jay, Azharina Azhar, Farah Ashikin, Elly Mazlein, Tilu, Daus, Farina dan Faradhiya.

Apa kata artis sempena ulang tahun ke-3:

Sabhi Saddi.

Sabhi Saddi:

“Sambutan ulang tahun Suria FM sangat happening dengan kedatangan ramai artis kerana ini merupakan kali pertama saya menghadiri upacara ini. Tahniah kepada Suria FM kerana telah melakukan yang terbaik. Suria FM banyak melakukan peningkatan dan saya sukakan Suria FM sebab banyak memutarkan lagu lama dan baru.”

Izwan Pilus:

“Saya doakan tahun ketiga Suria FM lebih mantap. Banyak perkembangan, pembaharuan dan semakin hari pendengar semakin bertambah dari tahun sebelumnya. Untuk ulang tahun ke-3 ini, saya ucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada krew, DJ dan belakang tabir Suria FM. Kepada pendengar, teruskan mendengar berita dan hiburan di Suria FM.”

Shila:

Shila.

“Setelah tiga tahun, saya rasa Suria FM antara radio yang fast growing, tidak tertumpu kepada satu sasaran pendengar sahaja sebaliknya range pendengar sangat besar. Saya banyak kali terlibat dengan acara yang dianjurkan oleh Suria FM dan mereka banyak menyokong saya. Kami saling bertolak ansur dan memerlukan antara satu sama lain.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: