Saturday, November 27, 2010

Saham PChem naik RM5.72 seunit

WAN ZULKIFLEE memalu gong sambil diperhatikan (dari kanan) Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, George Ratilal, Tengku Mahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa  Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
WAN ZULKIFLEE memalu gong sambil diperhatikan (dari kanan) Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, George Ratilal, Tengku Mahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
Kaunter paling aktif semalam dengan 637 juta saham diurus niaga hari pertama

SAHAM PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) melonjak sehingga RM5.72 seunit ketika memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, premium 52 sen atau 10 peratus berbanding harga rujukannya iaitu RM5.20 sesaham yang juga harga tawaran awam permulaan (IPO) kepada pelabur institusi.

Paras itu juga adalah 67 sen atau 13.3 peratus lebih tinggi berbanding harga IPO yang ditawarkan kepada pelabur runcit iaitu RM5.04 sesaham.Kaunter anak syarikat kedua PETRONAS pada tahun ini yang disenaraikan di bursa itu, dibuka pada RM5.71 sesaham, naik 51 sen atau 8.9 peratus, sebelum melonjak ke paras tertinggi RM5.71 seunit sejurus selepas itu.
Bagaimanapun keadaan sentimen pasaran Asia yang kembali terjejas ekoran kebimbangan terbaru berhubung ketegangan politik di Korea pada tengah hari semalam menyaksikan kemunculan aktiviti pengambilan untung di kaunter berkenaan khususnya pada sesi dagangan petang.

PChem ditutup pada RM5.31 sesaham, naik 11 atau 2.12 peratus berbanding harga rujukan RM5.20 sesaham.

Sejumlah 637 juta saham bernilai RM3.52 bilion diurusniagakan pada hari pertama dagangannya, sekali gus menjadikannya sebagai kaunter paling aktif semalam, di sebalik situasi pasaran saham keseluruhan yang tidak menentu.

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Eksekutif Kewangan PETRONAS, Datuk George Ratilal, berkata premium dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi perniagaan unit petrokimia PETRONAS itu pada masa depan.
“Premium sekitar 10 peratus pada pembukaan adalah sesuatu yang memberangsangkan,” katanya pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PChem, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut.

Sementara itu, Tengku Mahamad berkata, penyenaraian PCHem akan menambah dengan ketara permodalan pasaran Bursa Malaysia dan menjadikan PChem antara 10 syarikat dengan permodalan pasaran terbesar di bursa saham tempatan.

PCHem katanya, akan dimasukkan sebagai komponen utama indeks penanda aras utama pasaran saham tempatan, FBM KLCI Isnin ini.

“Kami satu-satu syarikat petrokimia yang disenaraikan di Bursa Malaysia, menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dari dalam dan luar negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: