Tuesday, November 30, 2010

Hrithik Roshan promosi diri sendiri


ANTARA adegan lakonan Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai dalam filem The Guzaarish


BINTANG filem The Guzaarish membelanjakan wang sakunya sendiri membeli iklan muka penuh di beberapa akhbar apabila penerbit filem berkenaan membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan wang bagi sesi promosi filem tersebut.

Jika penerbitnya enggan mengeluarkan wang, pelakonnya bersedia mengambil alih tanggungjawab itu. Buktinya, Hrithik telah membelanjakan wang sebanyak RM3 juta hanya untuk promosikan filem itu.

Dalam iklan itu turut memuatkan kata-kata daripada peminat yang telah menonton filem tersebut dan menyukai karakternya sebagai Ethan. Ramai penggiat seni melahirkan rasa kagum mereka terhadap Hrithik, selain lakonan hebatnya dalam The Guzaarish dia juga tidak lokek mengeluarkan wang sakunya sendiri.

Banyak iklan lagi dijangka dikeluarkan sepanjang minggu ini. Nampaknya, bintang itu sangat terdesak untuk memberitahu dunia, walaupun filem itu berjaya tetapi orang ramai menyukai lakonannya dalam The Guzaarish.

"Isnin lalu telah dibentangkan jumlah kutipan setiap filem yang ditayangkan sepanjang minggu lepas dan filem tersebut tidak mendapat kutipan pecah panggung. Salah satu faktor adalah tiada promosi," kata sumber.

Disebabkan hal itu Hrithik bertekad untuk membayar sesi promosi memandangkan dia dibayar dalam jumlah yang agak besar iaitu RM9 juta lebih untuk berlakon dalam filem itu. Setelah membayar RM3 juta untuk promosi, Hrithik masih mempunyai baki RM6 juta.

"Orang awam ingatkan iklan tersebut daripada syarikat produksi, bagaimanapun apabila melihat iklan tersebut menjurus hanya kepada Hrithik seorang, mereka mula sedar yang aktor itu membayar iklan tersebut," kata sumber itu lagi.

Hrithik yang ditemubual pula menafikan dia membayar untuk semua iklan tersebut untuk mempromosikan dirinya.

Pihak penerbitan pula mendakwa, tujuan Hrithik berbuat demikian setelah lakonannya dalam filem tersebut dikritik hebat oleh pengkritik filem dan peminatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: