Monday, November 29, 2010

Pensyarah ditahan edar ganja 12.5kg


YAHYA (kanan) menunjukkan sebahagian daripada 12 ketulan mampat ganja yang dirampas daripada seorang pensyarah wanita pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN - Taktik seorang pensyarah wanita warga asing menyeludup ganja seberat 12.5 kilogram (kg) bernilai RM50,000 dengan menaiki sebuah bas ekspres terbongkar apabila dia ditahan di Plaza Tol Seremban di sini kelmarin.

Wanita yang merupakan pensyarah animasi sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur berusia 50 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dan Bukit Aman.

Timbalan Ketua JSJN negeri, Deputi Supritendan Yahya Othman berkata, pihaknya terus menahan bas tersebut sebelum melakukan pemeriksaan pada sebuah beg pakaian yang dibawa suspek.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: