GEORGE TOWN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr. Lim Chong Eu adalah seorang pemimpin yang telah membantu ke arah penyatuan dan perpaduan negara.
Perdana Menteri berkata, mendiang Chong Eu lebih mementingkan masa depan negara daripada perkara lain apabila beliau yang memimpin parti Gerakan menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.
"Sebab itulah beliau memilih jalan untuk bersama BN sebagai satu mekanisme dan platform terbaik untuk masa depan Pulau Pinang dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chong Eu di sini semalam.
Najib yang tiba di Dewan Seri Pinang pada kira-kira pukul 10.15 pagi semalam diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, merangkap Naib Presiden MCA.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: