MADRID - Sejarah sekali lagi berubah apabila sepasukan penyelidik mendapati ahli pelayaran pertama yang menemui benua Amerika, Christopher Columbus merupakan anak lelaki Vladislav III, Raja Poland yang hidup dalam buangan di Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan mengejutkan itu sekali gus menyangkal fakta buku-buku sejarah bahawa Columbus yang dilahirkan pada tahun 1458 di kota Genoa, Itali berasal daripada keturunan orang kebanyakan kerana bapanya, Domenico Columbo bekerja sebagai seorang penenun dan memiliki sebuah kedai keju di kota berkenaan.
"Bukti-bukti yang dikemukakan menjadikan cerita bahawa Columbus adalah keturunan orang kebanyakan sukar diterima, hanya orang bodoh sahaja akan mempercayainya," kata ketua penyelidikan berkenaan, Manuel Rosa dari Universiti Duke Amerika Syarikat (AS).
Penemuan tersebut diketengahkan dalam sebuah buku terbaru yang dihasilkannya.
Menurut Rosa, Columbus dengan mudah dapat memujuk kumpulan bangsawan dan pemerintah Sepanyol ketika itu, Raja Ferdinand II supaya membiayai pelayarannya kerana dia juga berdarah bangsawan seperti mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: