DANOK (Selatan Thailand): Kumpulan lelaki 'hidung belang' dari Malaysia dikatakan begitu berani mengambil pelbagai jenis ubat 'kuat' atas alasan kononnya untuk meningkatkan kemampuan nafsu seks masing-masing, tanpa mengambil kira faktor risiko terutama kesan sampingan terhadap kesihatan.Selain Viagra yang menjadi kebiasaan, kumpulan lelaki terbabit yang dikatakan sentiasa berulang-alik merentasi sempadan untuk berfoya-foya di pekan ini, turut mengambil pelbagai jenis pil kuat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa kesihatan.
Berdasarkan maklumat, kedua-dua jenis pil terbabit mendapat permintaan tinggi berikutan harganya yang murah iaitu antara RM10 dan RM15 sebiji, selain begitu mudah untuk diperoleh terutama di setiap farmasi yang terdapat di pekan ini.
Malah, kesannya yang kuat turut memungkinkan pelanggan untuk memotong dua ubat terbabit bagi memaksimumkan penggunaan, sekali gus menambahkan lagi penjimatan terutama kos untuk 'berseronok'.
Seorang pengusaha kedai farmasi yang hanya mahu dikenali sebagai Anit, 40, berkata hampir semua kedai ubat dan farmasi di pekan berkenaan membekalkan pil 'kuat' kerana ia mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan.
Katanya, jika dibandingkan, pil ceverta dan kagarma paling laris bukan saja di kalangan anak muda, malah mereka yang turut berusia bertujuan memastikan `kepuasan’ yang lebih ketika melakukan hubungan seks.
"Kebanyakan pelanggan mengakui keberkesanan pil terbabit yang turut dikenali sebagai pil tahan lama, terutama dalam memanjangkan tempoh hubungan seks," katanya.
Mengenai bekalan, Anit berkata dia tidak berdepan masalah kerana pengedar sememangnya sentiasa membekalkan stok yang diperlukan dan mereka juga sedar keperluan tinggi terhadap kedua-dua pil berkenaan.
"Sehingga kini, masih belum ada kes mengatakan pengguna menerima kesan sampingan daripada penggunaan ubat terbabit dan peniaga juga yakin ia tidak membahayakan.
"Harga dua pil terbabit amat murah dan berbaloi sekali jika dibandingkan seperti Viagra yang diperbuat daripada AS yang berharga RM50 sebiji untuk sekali penggunaan, berbanding caverta dan kagarma, sebanyak dua kali," katanya.
Seorang lagi peniaga yang dikenali dengan panggilan Chai, 35, berkata dia sentiasa memastikan stok ubat berkenaan mencukupi sebelum menutup operasi premis setiap malam, kerana pelanggan terutama warga Malaysia kebiasaannya mula masuk ke pekan ini pada sebelah pagi.
Katanya, dia mampu menjual 1,000 biji dalam sebulan dengan majoriti pelanggan adalah rakyat Malaysia kerana permintaan terhadap ubat jenis itu sungguh menggalakkan pada ketika ini.
"Namun begitu, saya difahamkan, ubat berkenaan tidak begitu sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung, sebaliknya sesuai kepada mereka yang menghidap kencing manis dan lemah tenaga batin," katanya.
Ada lebih 200 premis rumah urut dan spa di sekitar pekan ini, termasuk yang menyediakan khidmat pelacuran yang sering menjadi tarikan utama pengunjung, termasuk dari Malaysia
Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama... Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana cara membesarkan zakar dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan anda bolehlah KLik Sini
ReplyDelete