Monday, November 29, 2010

Bilik mewah Johnny Depp


JOHNNY DEPP


MENJADI seorang pelakon filem popular sememangnya cukup membahagiakan. Apatah lagi sekiranya apa sahaja yang diinginkan pasti akan tercapai, seperti yang dilalui pelakon Johnny Depp.

Sebagai pelakon yang semakin mencipta nama di pentas Hollywood, pihak produksi filem sekual terbaru Pirates Of The Caribbean terpaksa memenuhi permintaan pelakon berkenaan yang mahukan bilik berehat dan tempat menggantikan pakaian yang bernilai.

Menurut sumber terdekat produksi berkenaan, ternyata ramai yang terkejut dengan permintaan pelakon itu. Namun, yang lebih menghairankan lagi adalah pihak penerbit tidak pula menolak pemintaan tersebut.

"Sudah tentu bilik itu menelan belanja yang sangat besar kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis barangan antik, permaidani buatan tangan, bantal-bantal dan lampu-lampu yang ditempah khas dari negara Maghribi," jelas sumber itu lagi.

Memandangkan Johnny adalah bintang utama untuk filem berkenaan, maka tidak mustahil apa sahaja yang diminta olehnya terpaksa dipenuhi penerbit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: