Tuesday, September 29, 2009

Transaksi Tabung Haji di Bank Islam


ZUKRI SAMAT (kanan) dan Ismee Ismail bersama-sama melancarkan perkhidmatan Tabung Haji di kaunter Bank Islam di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bermula 1 Oktober ini, umat Islam di Malaysia boleh melaksanakan transaksi kewangan Tabung Haji dan pendaftaran haji mereka di kesemua kaunter cawangan Bank Islam seluruh negara melalui pengenalan perkhidmatan Tabung Haji di Kaunter Bank Islam.

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Datuk Zukri Samat berkata, perkhidmatan perbankan baru yang merupakan hasil kerjasama antara Bank Islam dengan Lembaga Tabung Haji itu merangkumi perkhidmatan pembukaan akaun baru, mendeposit, mengeluar dan memindahkan wang, pendaftaran haji serta mengemas kini buku simpanan.

"Bank Islam bakal melakar sejarah sebagai bank pertama yang menawarkan kemudahan seumpama ini.

"Melalui inisiatif ini juga, umat Islam boleh melaksana- kan transaksi kewangan dan bukan kewangan Tabung Haji di kesemua 96 cawangan Bank Islam seluruh negara," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail di sini semalam.

Ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan kerana pihak Tabung Haji akan menanggung sepenuhnya kos penyelenggaraan, Zukri menjelaskan, perkhidmatan baru itu dijangka menarik pelanggan Bank Islam membuka akaun pelaburan Tabung Haji.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: