Wednesday, September 30, 2009

Nelly Furtado sedih Noel tinggalkan Oasis

Nelly Furtado ketika tiba di anugerah ALMA di Los Angeles, California.

NELLY Furtado dikatakan terkejut dan sedih apabila mendapat tahu Noel Gallagher bertindak keluar daripada kumpulan Oasis.

Menurut Nelly, Noel merupakan idolanya sejak kecil lagi.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Meneater' itu mengatakan, kumpulan Oasis merupakan sumber inspirasinya ketika dia mula-mula menceburkan diri dalam industri muzik.

Malah, Nelly pernah mengimpikan untuk berpacaran dengan penanyi utama kumpulan itu, Liam Gallagher.

Noel bertindak keluar daripada kumpulan tersebut bulan lepas selepas bergaduh dengan adiknya, Liam.

"Hati saya tidak senang apabila mengetahui mengenai perkara itu, Kumpulan Oasis amat bermakna buat saya.

"Pernah ketika saya baru berusia 16 tahun, saya menulis surat kepada Liam bersertakan dengan gambar saya dengan harapan dia akan mengajak saya keluar bersama... tapi impian saya tidak kesampaian.

"Apa yang menarik mengenai kumpulan Oasis ialah mereka boleh meluahkan perasaan dengan hanya menyanyikan lagu-lagu yang biasa.

Selepas insiden tersebut kumpulan Oasis belum lagi membuat keputusan mengenai masa depan mereka.

Bagaimanapun baru-baru ini, Liam dikatakan sedang membuat proses uji bakat untuk mencari pengganti abangnya yang juga bekas pemain gitar dan vokalis kumpulan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: