Wednesday, September 30, 2009

Britney Spears belanja 3,000 dolar untuk beli gula-gula

Britney Spears berbelanja sebanyak 3,000 dolar semata-mata untuk membeli gula-gula.

BRITNEY Spears membelanjakan wang sebanyak 3,000 dolar hanya untuk membeli gula-gula di sebuah kedai di Las Vegas, minggu lepas.

Menurut sebuah laman web ketika, Britney melawat sebuah kedai 'Sugar Factory' yang terletak dalam bangunan Hotel Mirage bersama dengan anaknya Sean Preston, 4, Jayden James, 3, dan kekasihnya Jason Trawick.

"Britney membelanjakan 3,000 dolar dan membawa bersama 10 beg apabila keluar daripada kedai itu. Dia membeli banyak gula-gula lolipop untuk diberikan kepada anak dan penari-penarinya," kata satu sumber.

Tidak lama selepas itu kedai tersebut menghantar beg berisi gula-gula lagi berharga sekitar 2,500 dolar ke bilik Britney di Hotel Mirage.

Las Vegas merupakan tempat terakhir dalam siri jelajah persembahan Britney.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: