Tuesday, September 29, 2009

Info TV: Filem istimewa untuk wanita di saluran Astro411


SETIAP malam hujung minggu pada Oktober ini, saluran HBO (Astro 411) menyusun filem-filem pilihan untuk penonton wanita pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9 malam.

Anatra filem yang bakal disiarkan adalah Mamma Mia!, Forgetting Sarah Marshall, Made Of Honor dan Sex And The City The Movie. Jika anda gadis yang suka menyanyi dan menari sekali-sekala, filem Mamma Mia! mungkin sesuai untuk pilihan anda untuk menontonnya sambil berehat di rumah. Meryl Streep mengetuai barisan pelakon terkemuka dalam filem muzikal ini.

Filem ini diadaptasi dari muzikal pentas yang popular dan dengan mengekalkan yang sama. Ia penuh dengan lirik dan melodi daripada lagu popular kumpulan ABBA. Turut membintangi filem itu ialah Pierce Brosnan, Colin Firth, Christine Baranski, Julie Walters, dan Amanda Seyfried. Filem Mamma Mia! akan disiarkan pada 4 Oktober, jam 9 malam.

Seterusnya, Forgetting Sarah Marshall menyusul dengan menyingkap satu pandangan yang lucu dan tulus mengenai kesukaran seorang lelaki untuk cuba bersikap matang, meneruskan kehidupan, dan mengatasi luka hati selepas ditinggalkan kekasih. Jason Siegel melakonkan watak pemuzik yang kurang berjaya, selepas ditinggalkan oleh teman wanita bintang televisyen untuk lelaki lain.

Dia kemudiannya pergi ke Hawaii untuk bercuti tetapi terpaksa berhadapan dengan mimpi buruk iaitu, terserempak dengan bekas teman wanita yang juga bercuti di hotel yang sama dengan teman lelakinya yang baru. Untuk menonton kesudahan filem ini ia disiarkan pada Ahad 11 Oktober, 9 malam.

Pada 18 Oktober pula disiarkan Made Of Honor dengan pelakon utamanya Patrick Dempsey memegang peranan sebagai Tom. Tom sudah biasa bergantung pada kawan baiknya, Hannah (Michelle Monaghan). Ia seumpama satu persahabatan yang sempurna, sehingga Hannah ke luar negara dan Tom tergamam menyedari bagaimana kosong hidupnya tanpa Hannah.

Ia diikuti dengan siri drama popular yang diangkat ke filem, Sex And The City The Movie yang berlatarkan kehidupan di Manhanttan. Filem yang dilakonkan Sarah Jessica Parker ini akan disiarkan pada 25 Oktober ini mengisahkan mengenai persahabatan sejati, fesyen dan kerjaya yang dilalui empat sekawan.

Filem lain yang akan disiarkan ialah Sydney White (Jumaat, 2 Oktober), No Reservations (Sabtu, 3 Oktober), Stardust (Jumaat, 9 Oktober) dan Fool's Gold (Sabtu, 10 Oktober).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: