Tuesday, September 29, 2009

Kulit serigala dirampas


MOHD. NOOR (kanan) bersama kakitangan Perhilitan melihat kulit binatang dipercayai daripada spesies serigala yang dirampas di Alor Setar semalam.


KUALA KEDAH - Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) menahan seorang lelaki berusia 56 tahun dan merampas lima keping kulit binatang dipercayai daripada spesies serigala di tempat letak kereta Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.

Ketika lelaki tersebut ditahan di dalam sebuah kereta kira-kira pukul 5.10 petang itu, anggota UPP pada mulanya menemui lima keping kulit binatang dalam but kereta berkenaan.

Komanden UPP Kedah, Mohd. Noor Idris berkata, hasil siasatan lanjut terhadap lelaki terbabit pihaknya telah ke rumahnya di sebuah taman di Kuala Kedah dan menjumpai 12 keping lagi kulit binatang yang sama di dalam sebuah bilik.

"Kesemua kulit binatang itu dibawa ke pejabat UPP dan akan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) bagi mengetahui kesahihan spesies kulit binatang itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambah beliau, berdasarkan alamat pada bungkusan yang ditemui, pihaknya percaya kulit binatang itu datang dari negara China.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: