Tuesday, September 29, 2009

Pembiayaan peribadi RM20b - Sudah agih RM14 bilion Ogos lalu, tinggal RM6 bilion


IBU pejabat Bank Rakyat di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Sejumlah RM20 bilion nilai pembiayaan peribadi yang berlandaskan syariah mungkin satu nilai besar yang mustahil untuk dicapai oleh sebuah bank tempatan tetapi itulah yang diunjurkan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menerusi produk popularnya, i-1Aslah menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, statistik itu mampu dicapainya memandangkan sebanyak RM14 bilion nilai pinjaman produk tersebut telah diagihkan kepada kumpulan sasarannya.

Menurutnya, nilai sasaran itu juga merupakan satu angka yang realistik kerana setiap bulan purata pengagihan nilai pembiayaan i-1Aslah ialah sebanyak RM1.6 bilion hingga RM2 bilion.

"Sasaran sebenar pengagihan i-1Aslah bagi sepanjang tahun ini ialah RM14 bilion tetapi matlamat itu telah dicapai pada Ogos lalu dan berdasarkan kepada kempen terbaru yang dilancarkan hari ini (semalam) sehingga bulan Oktober ini, nilai terbaru pinjaman yang diunjurkan ialah sebanyak RM20 bilion dan bakal dicapai menjelang Disember ini,'' katanya selepas majlis pelancaran kempen Langgan & Menang Pembiayaan Peribadi i-1Aslah sempena ulang tahun Bank Rakyat yang ke-55 di sini semalam.

Kadar keuntungan serendah 3.25 peratus yang merupakan antara terendah di pasaran tempatan juga merupakan faktor tarikan kepada orang ramai untuk memohon produk pembiayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: