Tuesday, September 29, 2009

Sonam paling stailo




Aktres jelita yang sedang meningkat naik Sonam Kapoor mendahului aktres terkenal Bollywood yang lain seperti Priyanka Chopra, Kareena Kapoor dan Katrina Kaif apabila namanya telah tersenarai dalam majalah People sebagai selebriti paling bijak bergaya di India.

"Stail pemakaian saya bukan mengikut trend. Saya tidak benarkan pakaian yang menentukan penampilan saya sebaliknya saya yang menentukan penampilan itu," kata aktres yang berusia 24 tahun itu tentang stail fesyennya.

Dalam senarai yang sama, aktres terkenal Kareena berada di tangga kedua, diikuti Priyanka tempat ketiga, Twinkle Khanna di tempat keempat dan Katrina di tempat kelima.

Sonam yang juga anak perempuan kepada aktor terkenal Bollywood, Anil Kapoor, telah membuat kemunculan pertamanya di layar perak dengan filem arahan Sanjay Leela Bhansali yang berjudul Saawariya. Kini aktres muda itu telah muncul dengan filem terbarunya iaitu Ayesha.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: