Tuesday, September 29, 2009

Mickey Rourke mahu pengambaran filem barunya siap secepat mungkin

Mickey Rourke memegang watak seorang pembunuh upahan 'Richard Kuklinski' dalam filem yang diadaptasi daripada novel Philip Carlo yang bertajuk 'The Ice Man: Confessions of a Mafia Contract Killer.'

MICKEY Rourke mahu pengambaran filem barunya yang berkisarkan mengenai cerita kongsi gelap 'The Ice Man' disiapkan secepat mungkin kerana bimbang dengan tahap kesihatan penulis novel itu.

Dia memegang watak seorang pembunuh upahan 'Richard Kuklinski' dalam filem yang diadaptasi daripada novel Philip Carlo yang bertajuk 'The Ice Man: Confessions of a Mafia Contract Killer.'

Carlo, yang juga menerbitkan filem itu bersama-sama dengan Rourke, menghidapi penyakit Lou Gehrig's, sejenis penyakit yang boleh menyebabkan lumpuh.

Menurut Rourke, 57, apa yang dibimbanginya adalah tahap kesihatan Carlo yang semakin teruk.

"Saya harap ia akan siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan ataupun lebih awal, tahap kesihatan Carlo sangat membimbangkan," kata Rourke.

Pengambaran filem itu dijadualkan bermula pada musim luruh tahun hadapan yang akan dibuat di beberapa lokasi seperti New York, New Jersey dan juga Florida.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: