PIHAK perwakilan penyanyi Uhm Jung Hwa menafikan kulit album baharunya berjudul The Cloud Dream of the Nine yang bakal dilancar pada 27 Disember ini adalah hasil ciplak.
Kulit album yang menggunakan konsep lampu dan cahaya itu dituduh meniru konsep album penyanyi Amerika Syarikat Lily & Madeleine menerusi lagu Keep It Together yang dilancar Februari lalu.
Bagaimanapun, perwakilannya berkata konsep tersbeut adalah sangat umum dan tidak menjadi hak milik mana-mana pihak.
Kulit album Uhm Jung Hwa (kanan) dituduh plagiat kulit album Lily & Madeleine.
"Projek yang menggunakan konsep itu adalah sangat umum. Suasana itu sudah digunakan oleh terlalu ramai. Jurufoto hanya mengekspresikan fantasi dari imej album The Cloud Dream of the Nine," ujarnya.
Sementara itu, Uhm Jung Hwa baharu sahaja melancarkan teaser muzik video lagu berjudul Watch On Me.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: