JILIN - CHINA. Seorang wanita mengaku bersalah membuka pintu kecemasan pesawat yang sedang bergerak ketika bersedia untuk berlepas.
Wanita itu didapati bersalah kerana membahayakan keselamatan awam namun mahkamah wilayah Jilin tidak mengenakan sebarang hukuman kepada wanita itu.
Piao Yinglan berada di atas pesawat Asiana Airlines yang dalam penerbangan dari Yanji ke Incheon Korea Selatan membuka pintu kecemasan pesawat menyebabkan slaid kecemasan terbuka dan memaksa juruterbang menghentikan pesawat.
Insiden itu menyebabkan kelewatan penerbangan selama 4 jam dan kerosakan ekonomi bernilai 34,000 yuan (RM 21,888).
Di mahkamah, Piao mengaku bersalah dan tidak dikenakan hukuman kerana perbuatan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang lain atau apa-apa kerugian ekonomi yang teruk kepada syarikat penerbangan itu.
Menurut media tempatan, ini adalah kali pertama kes sedemikian didengar di mahkamah China.
Bagaimanapun tidak jelas alasan mengapa wanita itu bertindak sedemikian.
Kes penumpang China membuka pintu kecemasan bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebelum ini beberapa penumpang turut melakukan perkara seumpama ini dengan alasan mahukan udara segar dan menyangka ia adalah pintu tandas.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: