IPOH – Setiap insan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengidamkan usia perkahwinan yang berpanjangan dan berkekalan.
Usaha daripada Sekretariat Muslimat Persatuan Ulama Negeri Perak dengan kerjasama jawatankuasa Masjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri), Ipoh yang berjaya menghimpunkan 10 pasangan sudah berkahwin bagi tempoh 50 tahun sempena program Majlis Mawaddah Warrahmah 50 Tahun Perkahwinan di Dewan Kuliah Utama As-Syafie, wajar diberi pujian.
Bagi Tahir Kassim, 80, beliau bersyukur kerana usia perkahwinannya bersama isteri, Aishah Abd Shukor masih utuh hingga kini.
Menurutnya, tiada apa lagi harapannya melainkan usia perkahwinan itu terus berpanjangan dan bahagia.
“Kami berkahwin sejak 1964. Kalau dikira dah 52 tahun. Terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang tempoh itu.
“Saya berusia 80 tahun dan dahulu saya bekerja di Pejabat Pos Besar, Ipoh sebagai inspektor posmen selama 30 tahun. Isteri saya seorang guru, dan sepanjang perkenalan kami dulu, memang tidak ada masalah sehinggalah kami berkahwin, dapat anak dan seterusnya hingga ke hari ini,” katanya.
Kisah Tahir itu turut dipersetujui isterinya, Aishah, 75, yang mengatakan perkahwinan mereka berdua sebagai peristiwa terindah dalam hidupnya.
Katanya, sepanjang tempoh perkahwinan, beliau cukup gembira dan berharap kegembiraan itu terus berlanjutan sampai bila-bila.
“Kami dah kahwin selama 52 tahun. Kami ada tiga anak semuanya sudah berkahwin, lapan cucu dan dua cicit.
“Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, tidak banyak masalah yang melanda kami. Biasalah, sedangkan lidah lagikan tergigit. Ada masa betul dan tak betul. Setakat ini semuanya ok, hidup sempurna,” katanya.
Mengimbau mengenai kenangan paling manis bersama suaminya, Aishah berkata, beliau tidak akan melupakan sama sekali kenangan ketika zaman percintaan mereka dahulu.
Katanya, kenangan pada masa itu (bercinta) begitu sukar untuk dilupakan hingga membuatkannya tersenyum sendiri apabila teringatkannya.
“Masa mula-mula kahwin dulu, saya mengajar di Parit Buntar. Suami pula tinggal di Ipoh, jadi kami jumpa hanya seminggu sekali.
“Pada mulanya payah juga, tapi setiap kali kami berjumpa rasa macam ‘orang baharu’. Kemudian barulah saya ditukarkan ke Ipoh dan saya mengajar di beberapa sekolah dan akhir sekali di SK Raja Ekram selama 26 tahun,” katanya.
Selalu tolak ansur
Lain pula ceritanya bagi pasangan bagi pasangan Johara Wahid, 73, dan suaminya, Munit Itam Jaafar, 75, bagi mengekalkan usia perkahwinan mereka selama 50 tahun.
Johara berkata, selain mengamalkan tolak ansur serta sikap berkasih sayang sesama mereka, beliau turut mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan sehariannya.
“Antara rahsia kami berjaya mengekalkan hubungan selama 50 tahun adalah berteraskan kepada sifat sabar yang diamalkan.
“Saya dan suami bahagia, dapat tiga anak, semua dewasa dah kerja,” katanya.
Ketika menceritakan mengenai pengalaman manis yang sukar dilupakannya, Johara berkata, sudah semestinya pertemuan dengan suaminya buat kali pertama pada 1966 lalu ketika bertugas di SK Belanja Kiri.
“Kami berkenalan dan berkawan. Tak lama, dalam tempoh enam bulan sahaja kami pun berkahwin,” katanya.
Johara berkata, beliau sungguh bertuah kerana bertemu jodoh dengan Munit yang disifatkannya sebagai seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab.
Katanya, suaminya juga seorang pemurah selain tidak terlalu berkira dari segi perbelanjaan terutamanya kepada keluarga.
“Suami saya seorang yang bertanggungjawab. Wang ringgit tak pernah berkira. Itu yang bagus. Cuma kita kenalah banyak bersabar kerana hidup berumah tangga ni banyak dugaannya.
“Yang penting kita sama-sama hadapi dugaan dan selalu bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, pahit mahu pun manis,” katanya.
Penganjuran kali pertama
Sementara itu, Naib Pengerusi Sekretariat Muslimat Persatuan Ulama Negeri Perak, Zaharah Mahmuddin berkata, program berkenaan adalah penganjuran sulung daripada pihak sekretariat.
Zaharah yang juga pengarah program berkenaan berharap program yang mendapat kerjasama daripada pihak jawatankuasa Masjid Negeri itu dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan penyertaan lebih ramai.
“Alhamdulillah, program ini kita berjaya anjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul 1438H dengan kerjasama pengurusan Masjid Negeri.
“Rata-rata yang hadir sudah berusia 70 tahun ke atas dan kebanyakannya adalah bekas kakitangan kerajaan suatu ketika dahulu,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: