HENAN - CHINA. Seorang pengetua sekolah yang memaksa muridnya mengambil ujian dalam keadaan kualiti udara yang tidak sihat telah digantung tugas.
Menurut laporan Shanghaiist, beberapa foto yang menunjukkan keadaan murid mengambil peperiksaan dengan kualiti udara dipercayai melebihi IPU 500 viral semalam.
Jabatan Pendidikan Tempatan Anyang mendapati pengetua sekolah Linqi Town Middle School, Feng Jisheng bersalah kerana melanggar arahan rasmi untuk menutup semua sekolah rendah dan menengah sejak Isnin lepas kerana kualiti udara yang teruk.
Siasatan mendapati seramai 480 murid dipaksa mengambil peperiksaan di padang sekolah tersebut sekurang-kurangnya selama empat jam.
Feng kini digantung tugas sehingga siasatan selesai dan berhadapan kemungkinan dipecat sebagai pengetua.
Foto yang viral juga menyebabkan pelayar laman sosial terutamanya ibu bapa mengecam tindakan sekolah terbabit yang disifatkan seperti 'mahu membunuh anak mereka'.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: