PETALING JAYA: Penyanyi Eleena Harris memberitahu dia menjadikan pengalaman artis senior sebagai rujukan dalam menangani sesuatu gosip atau pun kritikan dengan lebih matang terutamanya di laman sosial.
Elena atau Wan Elena Wan Harris, 20, berkata, rujukan itu dibuat agar dia tidak mudah melatah sekiranya namanya dikaitkan dengan gosip atau pun kontroversi yang menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang selebriti.
"Dalam usia yang masih mentah, saya tidak mahu dilihat kurang bijak menangani gosip kerana bimbang kelaknya akan mencetus kontroversi lebih panas.
"Justeru itu, saya mengambil pendekatan dengan merujuk pengalaman bagaimana artis yang lebih senior menangani masalah apabila berhadapan dengan komen-komen liar netizen di media sosial," katanya.Elena atau Wan Elena Wan Harris, 20, berkata, rujukan itu dibuat agar dia tidak mudah melatah sekiranya namanya dikaitkan dengan gosip atau pun kontroversi yang menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang selebriti.
"Dalam usia yang masih mentah, saya tidak mahu dilihat kurang bijak menangani gosip kerana bimbang kelaknya akan mencetus kontroversi lebih panas.
Eleena ditemui pada sesi fotografi di Menara Star, Damansara, di sini baru-baru ini.
Sementara itu kata artis wanita pertama di bawah label Mixology Music ini lagi, melarikan diri dari masalah atau sesuatu kontroversi dilihat bukan satu tindakan bijak.
Sebaliknya kata Elena, sebaiknya sesuatu pertikaian atau isu yang timbul diselesaikan dengan baik dan bukan mengikut emosi.
"Satu perkara yang saya belajar, jika ada komen buruk tentang kita sebolehnya jangan balas dengan emosi dan lebih baik abaikan sahaja.
"Jika dilayan mereka lagi suka sehingga perkara kecil pun akan menjadi besar dan pada akhirnya akan menampakkan kelemahan dan kegagalan seseorang artis itu menangani masalah," katanya.
Penyanyi lagu Terlalu Rindu ini turut memberitahu dia bersyukur kerana setakat ini namanya masih belum terpalit dengan sebarang gosip.
Dalam perkembangan lain, Elena yang kini menuntut dalam jurusan Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, buat masa ini dia belum bersedia ke arah itu kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap soal peribadi dan kerjaya.
Elena bakal melancarkan album sulungnya pada tahun hadapan.
"Hendak beri ruang untuk diri sendiri pun susah inikan pula nak menambah lagi komitmen sedia ada dengan cinta," ujarnya.
Pun begitu katanya, dia akan mempertimbangkan perkara tersebut seandainya seorang lelaki itu tidak terlalu mendesak dan memahami kariernya.
Berkongsi tentang kerjaya seninya pula, anak bongsu tiga beradik ini memberitahu dia kini masih menunggu tarikh sesuai untuk melancarkan album penuhnya yang dijangka pada tahun awal tahun hadapan.
"Ia sebuah album yang menarik kerana dalam satu album saya sertakan beberapa genre lagu antaranya pop, reggae dan balada agar boleh menarik lebih ramai golongan pendengar.
"Sementara menunggu album dilancarkan, saya mengambil kesempatan itu untuk melancarkan single kedua yang juga akan dimuatkan di dalam album tersebut berjudul Hanya Dirimu duet bersama Mark Adam," jelasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: