WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Wanita yang mencipta sejarah di Afghanistan selepas menjadi juruterbang wanita pertama dalam angkatan tentera udara negara tersebut kini meminta perlindungan suaka politik dari Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan CNN, Niloofar Rahman yang kini berada di AS mendakwa keselamatannya terancam ketika berada di Afghanistan.
Peguam Niloofar, Kimberly Motley mengatakan anak guamnya menerima ugutan bunuh dari pengganas, sesetengah ahli keluarganya dan kecaman dari kerajaan Afghanistan sendiri.
Keluarga Niloofar juga menerima layanan sama dan telah berpindah-randah berpuluh kali.
"(Di Afghanistan) Ada perang, ada keganasan dan ada diskriminasi terhadap kaum wanita," kata Niloofar.
Pegawai tentera Afghanistan, Jeneral Mohammad Radmanish mendakwa Niloofar berbohong dan meminta AS menolak permohonan Niloofar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: