SEPANJANG lebih tiga dekad dalam bidang seni, Datuk Zainal Abidin, 57, sememangnya telah meraih pelbagai pencapaian manis baik untuk profil kerjayanya, mahupun untuk industri seni secara amnya.
Bagi meraikan penglibatannya dalam tempoh itu, Zainal bakal menampilkan konsert istimewa, The Musical Journey of Zainal Abidin: 35th Anniversary Concert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 25 Februari 2017.
Konsert ini akan menyaksikan kembara muzikal Zainal bermula seawal usianya 15 tahun, sebelum dikenali sebagai vokalis kumpulan Headwind dan kemudiannya bergerak secara solo sehingga berjaya mencipta nama ke peringkat antarabangsa menerusi genre ‘world music’ yang dibawakan.
“Konsert ini adalah hadiah istimewa untuk peminat yang banyak menyokong kerjaya nyanyian saya selama lebih 30 tahun baik ketika bersama Headwind mahupun selepas bergerak solo.
“Insya-ALLAH saya menjanjikan persembahan terbaik untuk konsert ini selain mengimbau nostalgia saya dan peminat menerusi rangkaian lagu-lagu popular saya selama bergelar penyanyi,” ujar Zainal teruja.
Antara lagu yang bakal bergema di konsert tersebut adalah Hijau, Manis, Orak Orek, Puteri, Kau Di Hatiku, Damai, Debu Liar dan banyak lagi.
Persembahan Zainal yang dijangka berlangsung selama dua jam setengah ini, akan diiringi oleh 17 pemuzik handalan tanahair seperti Mac Chew, Jenny Chin, Andy Peterson, Aji, Sham Kamikaze, Steve Thornton, Mohar dan lain-lain.
Lebih menarik, Zainal akan menampilkan rakan-rakan dari kumpulan Headwind yang terdiri daripada Zulkif, Nicky Oi, Kudin dan Razak dalam segmen persembahan khas.
Semestinya gandingan ini bakal mengimbau kembali kenangan manis ketika mereka sama-sama mewarnai industri muzik tanah air sekitar tahun 1980an dulu.
“Sebenarnya sudah lama peminat mahu kami kembali bersatu di pentas membuat persembahan, namun kali ini impian itu menjadi kenyataan.
“Sebelum ini bukan kami tidak mahu kembali bersatu, cuma sukar untuk berkumpul kerana komitmen masing-masing yang terikat dengan pelbagai aktiviti.
“Jadi apabila konsert ini menjadi kenyataan, saya kira ia adalah momen terbaik untuk mencatat kembali sejarah dan sekali gus mengubatkan rindu peminat yang mahu melihat kami membuat persembahan bersama,” kata Zainal yang ditemui ketika majlis siding media konsert ini.
Untuk segmen khas ini, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang pernah menaikkan nama Headwind suatu ketika dulu seperti Suraya, Hanya Di Radio, Kita Serupa, Segalanya Mungkin dan banyak lagi.
Menurut pihak penganjur, Netzah Productions Sdn Bhd, hampir 60 peratus tiket persembahan kini sudah terjual dan berharap lebih ramai peminat Zainal dan Headwind hadir menyaksikan konsert ini.
Tidak sekadar berhibur, peminat juga boleh mendapatkan pelbagai cenderahati istimewa Zainal dan Headwind yang hanya boleh diperoleh di konsert ini sahaja.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: