MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia Vladimir Putin, menegaskan tindakan serangan tembakan ke atas Duta Rusia di Turki, Andrey Karlov pada Isnin lalu adalah tindakan provokasi yang mahu melemahkan hubungan Rusia dan Turki.
"Pembunuhan ini jelas merupakan provokasi yang bertujuan untuk melemahkan pembaikan dan proses normalisasi hubungan Rusia-Turki, serta mahu melemahkan proses damai di Syria yang digalakkan oleh Rusia, Turki, Iran dan negara-negara lain yang berminat dalam menyelesaikan konflik di Syria," kata Putin dalam satu kenyataan pada petang Isnin, petik laporan media Rusia RT.News.
Mengulas mengenai perihal itu lagi, Putin berkata, pihaknya akan meningkatkan lagi kawalan keselematan dan akan membanteras keganasan selepas kejadian itu.
"Satu-satunya jawapan yang Moscow 'harus tawarkan' adalah meningkatkan usaha memerangi keganasan dan mereka yang melakukan pembunuhan akan merasainya," kata Putin lagi.
Sementara menyentuh mengenai Karlov, Putin berkata beliau; adalah seorang diplomat yang cemerlang, dihormati di negara di mana beliau ditugaskan.
"Karlov sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Turki dan kumpulan politik yang lain di negara itu," katanya.
Dalam pada itu Rusia telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat kes bekenaan, ujar Putin dalam isu ini beliau telah menelefon rakan sejawatannya dari Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan, mengenai perkara itu.
"Pegawai-pegawai Rusia dan Turki akan bekerjasama," kata Putin.
Dalam pada itu, Putin turut mengarahkan supaya tahap keselamatan diperketatkam kepada para diplomat Rusia di luar negara, serta misi Turki di Rusia.
Sementara itu, Erdogan juga turut mengutuk pembunuhan ke atas Karlov itu.
"Saya percaya ini adalah serangan ke atas Turki, negara Turki dan orang-orang Turki, dan juga provokasi yang jelas ... (dari segi hubungan Turki-Rusia. Saya pasti rakan-rakan Rusia juga melihat hakikat ini," kata Erdogan.
Katanya lagi, kedutaan Rusia di Turki kini telah diperketatkan kawalan keselematan.
"Semua langkah-langkah keselamatan di sekitar kedutaan dan konsulat Rusia telah diperketatkan seperti yang kita diperbincangan bersama Putin.
"Hubungan kita dengan Rusia adalah penting... saya menyeru kepada mereka yang berhasrat untuk memusnahkan hubungan kita:. Anda sedang menanti dengan sia-sia, anda tidak akan mencapai matlamat anda," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: