Wednesday, December 21, 2016

"Saya Dan Fattah Amin Sekadar Kawan Biasa" - Tania Hudson



Tania bergandingan dengan Fattah dalam filem terbaharu Skop Production.
PETALING JAYA: Pelakon Tania Hudson berkata, hubungannya dengan Fattah Amin hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.

Tania atau nama sebenarnya Tania Nadira Hudson, 31, berkata, dia hanya mengenali Fattah ketika menjalani penggambaran filem KL Special Force terbitan Skop Production kira-kira dua bulan lalu namun terkejut selepas dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan aktor itu dengan Neelofa.

"Saya terkejut apabila hari ini (Selasa) ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin.

Tania Hudson

"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa," ujarnya adik kepada aktres Natasha Hudson ini.
Tania ditanya mengenai dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan yang baharu berputik antara Fattah Amin dan Neelofa.

Tegas Tania, dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan hero drama Suri Hati Mr Pilot itu biarpun ketika mereka menjalani penggambaran bersama.

"Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya.

"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing," ujarnya.

Ditanya, sama ada dia berasa bersalah terhadap perkara tersebut, Tania berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap kedua-dua mereka.

Hubungan Neelofa dan Fattah Amin dikatakan berantakkan akibat orang ketiga.
"Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem itu sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi.

"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini," ujarnya.

Usaha mendapatkan komen Fattah tidak berjaya kerana dia sibuk di lokasi penggambaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: