BACHOK - "Kami rindukan gelak tawa ayah...kami nak ayah sembuh dan boleh bergurau dengan kami seperti dulu." Luah salah seorang daripada lapan anak kepada Md Sahimin Daud, 64, dari Kampung pohon Tanjung, Perupuk kini yang terlantar sakit akibat penyakit strok sejak tiga tahun lalu.
Md Sahimin mempunyai lapan anak dan enam daripada mereka tinggal bersamanya.
Siti Nur Fatihah berkata, ayah seorang yang periang dan suka bergurau dengan anak-anaknya, tetapi semua itu tiada lagi selepas ayah terlantar sakit.
Menurutnya, segala kelengkapan ayahnya diuruskan emaknya, Esah Noor sambil dibantunya bersama lima beradik lain.
"Kami perlu sediakan beberapa kelengkapan untuk ayah termasuk lampin pakai buang, susu khas dan peralatan untuk mencuci luka.
"Disebabkan kos harian ayah agak tinggi, kami juga terpaksa terpaksa mengikat perut," katanya.
Katanya, keluarganya ada menerima sumbangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300.
Dalam pada itu, Siti Nur Fatihah berkata, sebelum ini, ayahnya memerlukan tilam khas untuk mengelakkan belakang badannya berkudis dan Alhamdulillah baru-baru ini, keluarganya menerima sumbangan ‘tilam ripples’ daripada pihak Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (Kelss).
"Terima kasih diucapkan pihak yang prihatin dengan nasib ayah saya.
"Kalau nak harapkan kami beli sendiri memanglah tak mampu,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Kelss Kelantan, Akidi Abdul Hamid berkata, kos keperluan khas Sahimin yang mencecah RM1,300 sebulan termasuk lampin, susu khas dan peralatan mencuci luka di bahagian belakang (akibat terlantar lama di tilam biasa).
Beliau berkata, kunjungan Kelss ke rumah keluarga itu menghulurkan sedikit sumbangan barangan keperluan harian.
“Dengan sumbangan tilam itu, diharap akan dapat mengurangkan kesan jangkitan kuman pada bahagian belakang pakcik Sahimin," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan ke akaun Maybank, Siti Nur Fatihah Md Sahimin (1531 0423 8556) atau hubungi 019-9683036.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: