Wednesday, December 28, 2016

Blac Chyna Enggan Minta Maaf Kepada Keluarga Kardashian




Drama perpisahan Rob Kardashian dan Blac Chyna menjadi perhatian.
MODEL Blac Chyna dilaporkan enggan meminta maaf kepada keluarga bekas teman lelakinya iaitu Rob Kardashian selepas mereka bergaduh besar baru-baru ini.
Blac, 28, menyifatkan tiada sebarang keperluan untuknya berbuat demikian kerana tindakannya meninggalkan Rob tiada kena mengena dengan keluarga lelaki itu.

"Blac merasakan Rob dan keluarganya melampau jika berfikir dia akan meminta maaf kepada mereka.

"Dia tidak melihat mengapa dia perlu berbuat demikian," kata sumber terdekat model itu seperti dilaporkan Hollywood Life.

Tambah sumber itu lagi, keluarga Rob sepatutnya berterima kasih kepada Blac kerana berjaya menyelamatkan hidup lelaki itu yang sebelum ini mempunyai pelbagai masalah.

"Adakah mereka lupa siapa yang berjaya memujuk Rob untuk keluar daripada persembunyian? Membantunya mengurangkan berat badan? Memberinya zuriat dan mendapatkan kerja untuknya?

"Rob sendiri mengakui masalah itu berpunca daripadanya dan Blac banyak membantunya agar sedar dan memperbaiki diri," kata sumber itu lagi.

Terdahulu, Blac bertindak berpindah keluar daripada rumah dan membawa anak mereka, Dream kerana sudah tidak tahan dengan sikap Rob yang enggan berubah.

Rob kemudiannya bertindak mendedahkan sikap buruk Blac di Instagram dan mendakwa wanita itu curang terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: