WAJAHNYA sentiasa manis dengan senyuman, tuturnya lembut kala menyapa mereka di sekelilingnya.
Itulah Aida Khalida atau sebelum ini pernah dikenali sebagai Aida Radzwill dan Aida Rahim yang cukup disenangi personalitinya.
Lebih dua dekad membina kerjaya dalam bidang seni, bekas model dan pelakon cantik ini ternyata mempunyai kedudukannya tersendiri dalam industri.
Kariernya bermula dari era hujung 1980-an dan sehingga kini, namanya masih menjadi sebutan.
“Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon buat masa ini kerana minat insya-ALLAH selagi masih sihat tubuh badan serta diterima peminat, saya akan terus berlakon.
“Cuma mungkin ada sedikit perbezaan dalam gaya dan pembawaan lakonan saya sekarang berbanding dulu di mana segalanya harus diselarikan dengan imej serta penampilan terkini,” ujar Aida yang bakal tampil dalam filem terbaru, Pulang tidak lama lagi.
Mengimbas kembali perjalanan seninya sebelum ini, Aida bermula sebagai model komersial dan cukup aktif di pentas peragaan.
Namun tawaran membintangi drama Sembang Mak Alang terbitan RTM secara tiba-tiba awal tahun 1990-an mengubah haluan seninya selepas itu.
“Pada mulanya saya tidak terfikir untuk bergelar pelakon, cuma ketika itu saya memenuhi permintaan seorang sahabat yang mahukan saya menghadiri satu sesi uji bakat lakonan dan ditakdirkan saya dapat.
“Respons yang baik terhadap drama pertama lakonan saya itu menambahkan lagi minat untuk berlakon dan sehingga kini masih aktif,” katanya.
Percaturannya ternyata membuahkan hasil apabila lakonan Aida beberapa kali diiktiraf apabila turut menang dan tercalon dalam beberapa anugerah utama industri hiburan tanah air.
Antaranya, Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 1994 (drama Kerana Kau), Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Sri Angkasa 1994 (drama Meniti Garis Silam) dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 1995 & 1996.
“Pengiktirafan itu antara kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan," katanya.
“Biarpun saya bekerja bukan untuk mengejar anugerah, namun pencapaian ini menjadi satu pemangkin semangat untuk menampilkan yang terbaik.
“Kalau diikutkan, pada era 1990-an dulu, kebanyakan penggiat seni begitu serius dengan kerjaya masing-masing dan selalunya ketika itu, orang akan mudah kenal seseorang pelakon itu menerusi bakat dan hasil kerjanya,” imbas pelakon bersiri Idaman ini lagi.
Cara kerja berbeza
Ditanya perbezaan cara kerja yang pernah dilaluinya dulu dan kini, kata Aida, perkara yang paling jelas dilihatnya adalah berkaitan komitmen.
“Dulu semua orang serius dengan kerja mereka dan memberikan 100 peratus komitmen kerana kita mahu karya itu menyumbang sesuatu untuk industri.
“Jadi masing-masing tahu mengisi peranan mereka dengan baik tanpa perlu dipantau oleh sesiapa, misalnya dengan memperbaiki lakonan, menjaga disiplin dan sebagainya. Pengarah hanya bagi panduan sahaja, selebihnya kita perlu lakukan sendiri.
“Apa pun situasinya cukup berbeza sekarang baik dari segi cara kerja serta komitmen. Saya juga akui zaman berubah dan sebagai pelakon, saya ikut sahaja apa yang memudahkan untuk semua orang,” katanya lagi.
Menurut Aida yang telah membintangi puluhan drama dan filem ini lagi, cabaran yang dilaluinya suatu ketika dahulu cukup berbeza dengan pelapis baru hari ini.
“Sekarang zaman moden, semua benda jadi mudah. Bayangkan bagaimana kami dulu bekerja tanpa telefon dan sukar nak berhubung, apatah lagi untuk mencari rujukan atau kajian tentang kerja yang dilakukan ketika itu.
“Pelakon hari ini sangat bertuah dan seharusnya menghargai sebaiknya apa yang mereka miliki. Teknologi banyak membantu memudahkan tugasan yang dulunya sukar dilakukan.
“Mereka juga bukan sahaja dapat berhubung dengan mudah menerusi pelbagai medium media sosial, tetapi juga dapat mempromosi perkembangan terkini secara terus kepada masyarakat,” akhiri Aida.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: