IPOH - 'Cendol abang kacak' mula menjadi tumpuan apabila perniagaan Wawasan Cendol yang diambil alih daripada bapanya sejak dua bulan lalu mula laris.
Dengan menggunakan motosikal roda tiga, M Kelvinraj, 18, dapat menjual lebih 100 mangkuk selepas diviralkan sejak Ahad lalu.
“Lokasi utama adalah di Jalan Yang Kalsom pada hari biasa kerana lebih ramai pelanggan. Tapi hujung minggu, saya akan meniaga di Jalan Bandar Timah berhampiran Restoran Plan B Ipoh.
“Saya tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal. Itu pun selepas kawan saya beritahu peniagaan ini menjadi perhatian,” katanya.
Menurutnya, dia mengharapkan peluang itu dapat memajukan perniagaan cendolnya sekali gus menunaikan impian membuka kedai.
Katanya, dia mengharapkan keenakan cendol resipi ibunya menjadi perhatian dan bukan wajahnya seperti yang diviralkan.
“Saya gembira apabila orang memuji kesungguhan saya bekerja dan saya harapkan keenakan cendol menjadi bualan dan ia lebih bermakna bagi saya.
“Cendol kami menggunakan gula melaka dan santan tanpa mencampurkan bahan lain. Mungkin itulah keistimewaan kami berbanding yang lain,” katanya.
Kelvinraj berkata, dia menjual pelbagai variasi cendol dengan harga bermula RM3 antara jam 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: