KUALA SELANGOR – Gara-gara bekalan tong air habis di pasaran, seorang penjawat awam menghasilkan idea unik untuk menyimpan air demi keperluan isteri dan 10 anak mereka sepanjang tempoh gangguan air berlaku di daerah ini.
Mohammed Zakir Husin Mohammed Zahid, 46, berkata, dia antara penduduk yang turut berebut-rebut membeli bekas air untuk simpanan sepanjang tempoh gangguan air sejak Isnin lalu.
“Tapi disebabkan bekalan bekas air yang terhad dan tiada pilihan lain, saya memikirkan cara terbaik untuk menyimpan air demi keperluan kami sekeluarga sebab anak ramai.
“Jadi saya teringat pernah pergi ke sebuah majlis kenduri kahwin yang menggunakan inisiatif simpanan air dalam plastik kanvas tapi menggunakan batu bata untuk memudahkan kerja membasuh pinggan.
“Saya terfikir idea sama cuma penggunaan bakul baju. Sebab bakul baju ada banyak di rumah dan saya gunakan plastik untuk isi air bagi kegunaan mandian dan basuhan,” katanya.
Mohammed Zakir Husin berkata, idea seumpama itu cukup menjimatkan dan tidak memerlukan kos yang tinggi kerana menggunakan barang sedia ada dalam rumah.
“Saya anak ada 10 dan hanya tiga tinggal di asrama. Jadi keperluan tujuh lagi anak yang ada di rumah perlu dijaga dan alhamdulillah, simpanan air menggunakan enam bakul baju boleh bertahan untuk tiga hari.
“Manakala untuk kegunaan memasak saya gunakan bekas air yang sesuai…lagipun simpanan air dalam plastik tu disimpan dalam bilik air untuk keperluan harian.
“Saya pun berkongsi idea ini dalam Facebook dan tak sangka dapat lebih l00 ‘share’… sekurang-kurangnya kita dapat jimat kos sepanjang tempoh gangguan air.
“Lagipun idea ini boleh digunakan untuk keadaan kecemasan seperti ini, sebab dulu masa ada gangguan air, saya pernah berhabis lebih RM100 semata-mata nak beli bekas air.
“Jadi beringat dari kejadian terdahulu, saya pun memikirkan kaedah yang lebih cepat, mudah dan murah…mungkin orang ramai boleh guna kaedah sama jika ada ramai anak,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: