Friday, November 13, 2009

Yasmin Khanif Tak Kisah Digelar Jalang

Melakonkan filem kontroversi sedikit sebanyak memalitkan unsur negatif kepada perjalanan anak seni yang baru mula bertapak di industri ini. Yasmin Khanif, 21, menjelaskan tidak kisah dirinya digelar jalang hasil daripada filem pertama lakonannya.


"Saya tak kisah pun orang nak panggil saya jalang. Maknanya orang sudah mula kenal saya dalam industri ini hasil daripada lakonan dalam Jalang. Saya hanya melakonkan watak tersebut dan itu bukan diri sebenar saya.

"Masa mula-mula mendapat tawaran filem ini, saya tak terfikir ia akan dikontroversikan sampai begini sekali. Walaupun ada adegan panas dalam Jalang, namun family memahami tugas sebagai pelakon asalkan ia tidak melampaui batas.Lagipun kakak saya akan menemani di set lakonan.

"Saya tak rasa diri dieksploitasi. Mungkin orang rasa begitu melihat kepada tajuk Jalang," kata anak kacukan Pakistan dan Arab ini.

Tak Tiru Fasha

Iras muka dan suara Yasmin seakan-akan artis kontroversi, Fasha Sandha, namun pendatang baru ini enggan disamakan dengan aktress tersebut.

"Janganlah samakan dengan Fasha. Saya nak dikenali sebagai Yasmin Khanif," ujarnya yang juga seiras pelakon Bollywood, Kareena Kapoor.

Berjaya menewaskan nama besar seperti Fasha Sandha dan Fazura bagi watak Maria, namun Yasmin hanya menganggap semua itu bergantung kepada rezeki masing-masing. Namun melihatkan kepada hasilnya, lakonan Yasmin agak kaku dan tidak natural. Apa kata Yasmin?

"Saya cuba bagi 100 peratus untuk filem ini tapi lakonan saya agak kekok dan boleh melakukan yang lebih baik lagi. Lagipun saya memang tak ada background berlakon sebelum ini.

"Saya memang minat sangat berlakon namun tak ada peluang. So bila dapat offer filem ini, saya terus terima. Tapi kalau boleh saya nak mencuba watak gila," ujar gadis tinggi lampai ini.

Yasmin bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Blues Untuk Aku.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: