Friday, November 13, 2009

Parti One Drop Perfumes X-Clusive 2009 di Impiana Cherating

Keesokan pagi kami bersarapan di Kedai Kopi, coffee house Impiana Cherating. Sambil menikmati juadah, saya perasan kelibat budak-budak Bunkface, si Sam dan Paan sedang menikmati sarapan pagi. Saya pun menegur mereka. Di pentas MonoloQue sedang melakukan sound check. Jadi ada hiburan tatkala sarapan secara tak langsung.

pemandangan pantai tatkala air surut..cantik kan?

Kami menghabiskan sarapan dan berjalan ke arah pentas. Cuaca cerah pagi itu dan saya berharap tidak hujan tatkala persembahan malam ni. Saya duduk di bawah perdu pohon kelapa. Redup sikit. Saya perhatikan kakitangan One Drop Perfumes sedang memasang kain rentang dan juga Wall of Fame. Izam dan Ben turut membantu mana-mana yang patut sambil Faizal memetik kamera mengambil gambar. Tak sedar saya terlelap seketika sehinggalah saya dengar suara AJ dari kumpulan Pop Shuvit mendendangkan lagu kesukaan saya, MaraBahaya. Tak sedar berapa lama saya terlelap. Nasib baik tak kantoi.

Nak lekat kat mana ni ye?

Memandangkan sudah hampir tengahari dan matahari kian meninggi maka kami pun tidak lepaskan peluang berendam di dalam kolam renang bagi menyejukkan badan. Maaf kepada semua gambar-gambar kami di kolam renang tidak mendapat kelulusan lembaga penapisan gambar kerana ia boleh menyebabkan kami diterjah Melodi nanti…hahaha…


Kami makan tengahari di sebuah gerai di Kemaman. Kemaman? Apa gila ke nak ke Terengganu makan tengahari kan? Sebenarnya, Kemaman hanya 10 minit sahaja dari hotel kami. Nizam teringin makan nasi dagang maka kami pun carilah. Saya baru teringat, nasi dagang ni, pagi memang banyaklah dan senang nak cari. Tengahari nak cari di mana? Pusing punya pusing, akhirnya kami berhenti di sebuah stesen bas yang mempunyai deretan kedai makan. Kami menikmati lah hidangan tradisi Terengganu.

Selepas makan tengahari kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang. Dari beranda kamar, saya perasan budak-budak Bunkface sedang rancak bermain bola tampar pantai. Lalu saya meminta Faizal mengambil gambar mereka. Rajin sungguh Bunkface ini. Keadaan tempat acara bakal berlangsung semakin cantik. Tiang-tiang udara berisi angin dan lampu mula dipasang.

Bunkface bermain beach volleyball

kontrol hensem nampak?


Memandangkan majlis akan bermula jam 7 malam, kami berehat seketika.

Sambil bersiap di dalam bilik, saya perhatikan kawasan acara diadakan mula dipenuhi jemputan dan juga pemenang pendengar XFM. Malah band bakal mengadakan persembahan turut melakukan pemeriksaan terakhir.

“Mesti gempak malam ini,” kata Izam kepada saya tatkala kami melangkah ke kawasan makan malam dihidangkan. Kami menikmati hidangan barbecue malam itu. Ada kambing panggang, daging lembu, sosej, ayam, udang, ketam dan banyak lagi sampai tak tahu mana satu hendak dipilih. Sekejap sahaja maka licin semua juadah yang ada dalam buffet line tadi. Lapar agaknya mereka. Mana tak, duduk tepi laut dan tambah pula dengan deruan angin laut petang itu menambahkan lagi suasana berkelah tepi pantai.

Boss One Drop Perfume dan rakan-rakan

punyalah sedap makan abang sorang tu kami ambil pun tak perasan

sempat call, makan dan posing?

Majlis berhenti seketika untuk solat Maghrib.

Jam 8 malam, pesta bermula dengan lagu pembukaan dari MonoloQue. Penyampai-penyampai XFM menjadi pengacara majlis malam tersebut berjaya menghangatkan suasana. Persembahan diteruskan pula dengan kumpulan Pop Shuvit, Stonebay dan Bunkface.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: