Friday, November 13, 2009

Wanita Malaysia kendali pelacuran di Belfast dibebaskan




GAMBAR menunjukkan Mahkamah Majistret Belfast.BELFAST - Cheng Sook Wong iaitu wanita Malaysia yang didapati bersalah kerana menjadi ibu ayam di sebuah rumah pelacuran di sini, Ireland telah dibebaskan, lapor sebuah akhbar semalam

Sook Wong, 58, dihukum penjara tiga bulan dari tarikh dia ditangkap oleh hakim Mahkamah Majistret Belfast, Noel Dunlop tetapi dibebaskan kerana dia telah berada dalam tahanan pihak berkuasa sejak enam bulan lalu.

Dia ditangkap dalam satu serbuan polis di Tates Avenue di Belfast pada November 2008.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita itu menjawab panggilan telefon pelanggan sekali gus menguruskan tempahan di rumah pelacuran berkenaan yang popular di kalangan pelacur dari Asia.

Menjawab hujah pendakwa, Sook Wong mengakui dia menyedari premis tiga tingkat itu merupakan sebuah rumah pelacuran sejurus selepas berada di tempat itu selepas beberapa wanita memberitahunya mengenai tempahan pelanggan yang dilakukan menerusi Internet.

Namun, tertuduh mendakwa dia cuma menjadi tukang cuci dan tukang masak di rumah pelacuran itu selama enam minggu selepas tiba di sini dari London pada Oktober tahun lalu dan tiada mempunyai kaitan dengan pihak pengurusannya.

Hakim kemudian diberitahu bahawa wanita itu tinggal di premis secara percuma selain menerima bayaran £210 (RM1,176) seminggu iaitu jauh lebih besar berbanding gaji seorang tukang cuci.

Mahkamah turut diberitahu bahawa pelacur di rumah pelacuran itu akan ditukar pada setiap minggu manakala dia menerima tip mencecah £100 (RM560) daripada pelacur Thailand, Hong Kong dan China setiap kali mereka beredar di samping hadiah mahal daripada pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: